S’GALA HORMAT | Malaysian Worship Collective
Lirik & Melodi: Cray Maxwell
Produser Eksekutif: Gina Yap Lai Yoong
Produser: Phoebe Tsen
Penggubah Muzik: Hezron Diman
Vokal: Cray Maxwell
Suara Latar: Ivy Ong & Jordan Quek
Keyboard & Synth: Christopher Sarapin
Gitar Elektrik: Rento Dinsim
Bass: Hezron Diman
Dram: Neil Nicholas Masrin
Adunan Muzik: Icco Elnoel
Mastering: Nick Lee Video Lirik: Gina Yap Lai Yoong
℗&© 2021 Four Forty Records Performed by the Malaysian Worship Collective
Mengenai Penulis/Penggubah Lagu Cray Maxwell adalah penyanyi dan penulis lagu dari Kota Belud, Sabah. Beliau aktif melayani Tuhan dalam pelayanan pujian dan penyembahan sejak tahun 2008. Beliau adalah salah seorang anggota ‘Vitamin M’ di mana mereka bekerjasama dalam projek ‘Bina Harapan Malaysia’ untuk menulis, menyanyi dan menghasilkan lagu-lagu patriotik. Lagu ‘Malaysiaku’ adalah hasil karya beliau. Pada tahun 2018, mereka mengadakan konsert amal dari utara (Pulau Pinang) ke selatan (Johor) untuk mempromosikan perpaduan dan semangat patriotik untuk Malaysia.
Antara penglibatan beliau dalam pelayanan termasuklah acara Malaysian Gospel Music bersama dengan DUMC Bahasa Worship (2018), Festival Duduk Rumah Konsert bersama dengan Zee Avi, Sada Borneo, dan banyak lagi artis tempatan (2020). Pada tahun 2021, lagu beliau S’gala Hormat dirakam dan diterbitkan dengan kerjasama Four Forty Records dan Komuniti Digital. Lagu kedua untuk tahun 2021 adalah Bersinar ft Rosyten Lapongan. Kini, Cray melayani di DUMC Bahasa sebagai pemuzik dan pemimpin pujian. Beliau juga seorang kakitangan sepenuh masa di DUMC sebagai Eksekutif Video.
Untuk maklumat lanjut tentang lagu ini, layari https://www.komuniti-digital.com
JIka anda berminat untuk menggunakan lagu ini untuk pelayanan anda, sila emel kami di worship@fourfortyrecords.com
Mengenai Malaysian Worship Collective Untuk sekian lama, Tuhan telah memberikan lagu-lagu pujian dan penyembahan kepada Malaysia — lagu-lagu dalam bahasa ibunda kami; lagu-lagu yang diurapi oleh Roh Kudus. Namun begitu, setakat ini, terlalu sedikit lagu-lagu ini dikongsi di luar gereja masing-masing dan tidak mencapai gereja Malaysia secara menyeluruh. Pada tahun 2018, hati kami membara dengan panggilan Tuhan untuk mengumpulkan para pemimpin pujian, penulis dan penggubah lagu, pemuzik dan pendoa syafaat dari latar belakang denominasi Kristian yang berlainan untuk mengangkat suara dan irama Malaysia dalam penyembahan di alam rohani. Pelayanan kami termasuk produksi lagu, kursus penulisan lagu, bengkel pujian dan penyembahan, penyediaan sumber berkaitan penyembahan, dan pimpinan pujian dan penyembahan. Ikuti kami di halaman
Comentarios