top of page

Samuel Diserahkan Kepada Tuhan Untuk Melayani



1 Samuel 1:22-24 (BM)

Tetapi kali ini Hana tidak ikut. Dia berkata kepada suaminya, "Sebaik saja Samuel bercerai susu, aku akan membawa dia ke rumah TUHAN, dan dia akan tinggal di situ seumur hidupnya." Elkana berkata, "Baiklah, lakukanlah apa yang engkau pandang baik. Tinggallah di rumah sampai anak kita bercerai susu. Semoga TUHAN membuat janjimu menjadi kenyataan." Maka Hana tinggal di rumah sehingga anaknya itu bercerai susu. Setelah anak itu bercerai susu, Hana membawa dia ke rumah TUHAN di Silo. Pada masa itu Samuel masih sangat kecil. Hana juga membawa seekor lembu jantan yang berumur tiga tahun, sepuluh kilogram tepung gandum, dan satu kirbat wain.


Pengajaran/Refleksi

  1. Elkana dan Hana ingin menyerahkan anak mereka kepada TUHAN, dan dia akan tinggal di situ seumur hidupnya.

  2. Selain menyerahkan anak mereka kepada TUHAN, Elkana dan Hana juga membawa persembahan kepada TUHAN.

Mari kita belajar daripada kehidupan Elkana dan Hana, yang mempersembahkan sesuatu yang berharga (anak mereka) kepada TUHAN Yang Maha Kuasa untuk melakukan pekerjaan-Nya. Mereka juga memberi korban kepada TUHAN.


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Mereka yang sakit Engkau sembuhkan, yang lemah dikuatkan, dan yang ada masalah dibebaskan dalam nama Yesus Kristus! Amin!


Rev. Ali Langgit

Comments


bottom of page