top of page

Sanggup Membayar Harga Yang Begitu Mahal Untuk Mendapatkan Kita


2 Samuel 3:13-18 (AVB)

   13Jawab Daud, “Baik, aku akan mengikat perjanjian dengan engkau. Hanya satu hal yang kuminta daripada kamu: engkau tidak boleh menghadap aku kecuali jika engkau membawa Mikhal anak Saul terlebih dahulu ketika engkau hendak datang menghadap aku.” 14Kemudian Daud mengirim beberapa orang utusan kepada Isyboset anak Saul dengan pesan, “Serahkanlah isteriku, Mikhal, yang telah dipertunangkan kepadaku dengan seratus keping kulit kulup orang Filistin.”  15Lalu Isyboset menyuruh agar perempuan itu diambil daripada suaminya, iaitu daripada Paltiel anak Lais. 16Suaminya berjalan menyertai dia sambil menangis. Diikutinya isterinya sampai ke Bahurim, lalu kata Abner kepadanya, “Pulanglah engkau!” Maka pulanglah dia. 17Kemudian berbicaralah Abner dengan para tua-tua Israel, katanya, “Sudah lama kamu menghendaki Daud menjadi raja atas kamu. 18Sekarang laksanakanlah, kerana mengenai Daud TUHAN telah berfirman demikian, ‘Dengan perantaraan Daud, hamba-Ku, Aku akan menyelamatkan Israel, umat-Ku, daripada tangan orang Filistin dan daripada tangan semua musuhnya.’ ”


Pengajaran/ Refleksi

Raja Daud sanggup membayar harga yang begitu mahal kepada Raja Isyboset untuk beliau mengambil kembali isterinya yang bernama Mikhal, anak Raja Saul. Raja Daud membayar isterinya dengan seratus keping kulit kulup orang Filistin untuk mengawininya. Raja Isyboset menyuruh utusannya untuk mengambil Mikhal daripada suaminya, Paltiel anak Lais.

2. Allah memakai Raja Daud menyelamatkan umat TUHAN daripada orang Filistin dan daripada semua musuh yang lain.


Sama seperti Yesus Kristus yang telah membeli kita dengan harga yang paling mahal, iaitu dengan darah-Nya sendiri semasa dia mati di kayu salib. Yesus telah menyelamatkan umat-Nya daripada kuasa iblis yang menguasai dunia ini semasa dia di atas kayu salib.

Halleluya dan amen!!


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen!


Rev. Ali Langgit

Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page