top of page

Saya Buat Saya Tanggung Sendiri. - Apa kata Alkitab?


Ada ramai orang Kristian yang beranggapan bahawa ketidaktaatan mereka hanya mengesankan mereka. "Saya buat, saya tanggung sendiri." Ini sangkaan ramai orang, bahawa perbuatan mereka tidak ada kesan domino. Saya ingin tunjukkan 3 contoh di mana dosa kita sebenarnya ada kesan yang lebih luas.

1. Bila Simson mengahwini perempuan Filistin, itu merupakan suatu larangan kerana perempuan itu penyembah berhala. Simson mengahwini perempuan itu kerana nafsu semata-mata. Akibatnya? Dalam masa tidak sampai setahun, isterinya diberi kepada orang lain dan akhirnya dibunuh oleh orang bangsanya sendiri. Semua ini tidak akan berlaku jika Simson tidak mengambil perempuan itu sebagai isterinya. (Hakim-Hakim 14, 15:6)

2. Yunus mendengar panggilan Tuhan, tetapi memutuskan untuk lari. Kerana lariannya, kapal di mana dia tumpangi dilanda ribut dan mereka diancam kematian di laut. Anak-anak kapal yang tidak bersalah langsung tertarik ke dalam keadaan bahaya kerana keingkaran Yunus. (Yunus 1)

3. Abraham memberitahu raja Abimelek bahawa Sara ialah adiknya. Lalu Abimelek mengambil Sara untuk jadi isterinya. Mujur Tuhan melawat Abimelek dan memberikannya dua pilihan, simpan Sara dan mati! Atau kembalikan Sara kepada Abraham dan hidup. Kerana pembohongan Abraham, Raja Abimelek hampir dibunuh Tuhan. (Kejadian 20)

Kita bersangka dosa kita tiada akibat... dosa selalu ada akibat. Berapa ramai keluarga Kristian porak-peranda kerana anak kahwin dengan peribadi yang tidak seiman? Berapa ramai perkahwinan rosak dan anak-anak dibesarkan dalam trauma kerana satu peribadi ketagihan dengan dadah, minum atau judi? Berapa banyak orang tersakiti di kampung kerana satu peribadi mengancam nyawa atau membunuh hanya sebab rakus tanah dan harta?


Dosa ada akibat... bahkan kesannya dikatakan "sampai keturunan kedua, ketiga dan keempat bagi mereka yang membenci Aku" kata TUHAN. Maka sebelum kita melangkah dalam dosa, fikir, pertimbangkan, lihat kesan dan akibatnya. Nasi bukan saja jadi bubur, ia boleh saja hangus! Sumber : Facebook Pr Edmund Kumar

Comentarios


bottom of page