“..Walaupun aku melalui tempat yang gelap gelita, aku tidak akan takut, ya TUHAN, kerana Engkau menyertai aku. Engkau melindungi aku....” Maz 23:4
Pemazmur berkata kepada kita dengan penuh berkeyakinan bahawa “...dia tidak merasa takut, walaupun dia akan melalui tempat yang gelap gelita, sebab dia tahu bahawa Tuhan bersama-sama dan menyertai dan melindungi dirinya..”
Oleh kerana keyakinan hati pemazmur terhadap Tuhan didalam hidupnya maka rasa takut tidak lagi ada didalam hatinya, malah dia merasa tenang sebab Allah adalah Gembala bagi hidupnya, dengan itu rasa takut pada bahaya atau kesulitan tidak lagi timbul didalam dirinya.
Demikian juga dengan diri kita, sekiranya Allah itu menjadi Gembala didalam hidup kita secara peribadi, maka perasaan takut akan bahaya dan ancaman pasti tidak akan timbul lagi didalam hati kita. Sebab Tuhan bersama dan melindungi kita.
Oleh itu kita harus menjadikan Tuhan sebagai gembala didalam hidup kita pada hari ini, supaya bahaya, kesulitan, ancaman dan cabaran tidaka akan menakutkan diri kita, sebab keyakinan kita ada pada Tuhan yang menjadi gembala kita hari ini.
Dengan itu, apakah Allah sekarang ini telah menjadi gembala secara peribadi didalam hidup anda hari ini? Sebagaimana seorang gembala menjaga domba-dombanya sewaktu dombanya diancam oleh binatang-binatang buas. Demikian juga Tuhan akan menjaga dan melindungi diri kita sewaktu dalam bahaya dan ancaman.
Doa: Bapa kami yang berada di surga, saya berterima kasih kerana menjadi gembala bagi diri saya secara peribadi, oleh kerana Engkau adalah gembala bagi diri saya maka hati saya sentiasa tenang dan aman. Didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.
Pr Patrick Taie
Comments