“…Tetapi engkau, hai orang yang melakukan kehendak Allah, jauhkanlah dirimu daripada segala perkara itu. Berusahalah supaya sentiasa melakukan kehendak Allah, hidup beribadat, sentiasa percaya kepada Kristus, mengasihi saudara seiman, tabah menghadapi penderitaan, dan bersikap lemah-lembut......” 1 Timotius 6:11
Paulus berkata kepada kita, bahawa sebagai seorang yang melakukan kehendak Allah, kita harus menjauhkan diri kita daripada semua yang jahat, dengan berusaha menjalani kehidupan yang benar, dengan setia melayani Tuhan, dengan memiliki iman, kasih, kesabaran, dan kelemah-lembutan.
Melakukan kehendak Tuhan bukanlah hal yang sukur, sekiranya kita sanggup untuk mematikan segala kepentingan diri kita. Dimana kita menjalani kehidupan yang beribadah, dengan sentiasa percaya kepada Kristus, mengasihi saudara yang seiman, tabah dalam menghadapi penderitaan, dan bersikap lemah-lembut terhadap semua orang.
Hidup melakukan kehendak Tuhan adalah satu kewajiban bagi kita tetapi bukan paksaan, oleh itu kita diberikan Tuhan kebebasan untuk mementukan pilihan kita. Mengikut kehendak Tuhan kita akan berakhir dengan hidup yang kekal, tetapi mengikut jalan sendiri akan berakhir dengan kebinasaan
Manakah jalan yang engkau pilih…..
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon bimbinganMu ya Tuhan, ajar saya jalanMu setiap hari. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.
Pr Patrick Taie
Comments