top of page

Segala Firman Tuhan yang Di Firmankan Pasti Akan Berlaku


1 Samuel 2:31-34 (BM)

Dengarlah, akan tiba masanya Aku membunuh semua orang lelaki daripada keluarga dan puakmu, sehingga tiada seorang lelaki pun daripada keluargamu yang akan hidup sampai usia lanjut. Engkau akan sedih dan iri hati melihat segala berkat yang akan Kuberikan kepada orang lain di Israel, sedangkan dalam keluargamu sendiri semua orang akan mati muda. Namun, seorang daripada keturunanmu akan Kubiarkan hidup, dan dia akan mengabdi kepada-Ku sebagai imam. Tetapi dia akan menjadi buta dan hidup dengan putus asa. Semua keturunanmu yang lain akan dibunuh dengan kejam. Apabila kedua-dua orang anakmu, Hofni dan Pinehas, meninggal pada hari yang sama, barulah engkau sedar bahawa semua yang Aku firmankan ini akan benar-benar berlaku.


Pengajaran/Refleksi

  1. Tuhan membunuh semua anak lelaki Eli dan puaknya, sehingga tiada seorang pun daripada keluarganya yang akan hidup sampai lanjut usia; mereka akan mati muda. Berkat itu akan diberikan Tuhan kepada orang lain.

  2. Walaupun demikian, Tuhan akan membiarkan seorang keturunan Eli hidup dan mengabdikan diri kepada-Nya sebagai imam, tetapi dia akan menjadi buta dan hidup dengan putus asa.

  3. Segala sesuatu yang telah difirmankan Tuhan, iaitu tentang hukuman yang ditimpakan kepada keluarganya, akan benar-benar berlaku.

Firman Tuhan itu ya dan amin! Kami merendahkan diri di hadapan-Mu ya Tuhan. Kiranya kami ada melakukan dosa baik yang kami sedari dan tidak sedari, kami mohon pengampunan daripada-Mu.


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini mengajar kami supaya tidak berdosa terhadap Engkau. Ajarilah kami untuk mentaati kehendak-Mu ya TUHAN. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amin!


Rev. Ali Langgit

Kommentare


bottom of page