top of page

Segala Perbuatan Kita Ada Balasannya


Teks

Hakim-Hakim 20:38-42 (BM)

Induk tentera telah bermuafakat dengan pasukan yang bersembunyi, bahawa apabila mereka nampak asap yang tebal naik dari kota itu, induk tentera harus berbalik dan menyerang musuh. Pada saat itu tentera Benyamin telah membunuh 30 orang askar Israel. Mereka berfikir, "Kami telah mengalahkan mereka seperti yang sudah-sudah." Tetapi tiba-tiba asap yang tebal mengepul naik dari tengah-tengah kota itu. Orang Benyamin terperanjat apabila mereka menoleh ke belakang dan nampak seluruh kota mereka terbakar.


Ketika itu juga tentera Israel balik menyerang mereka, lalu keadaan tentera Benyamin menjadi kacau-bilau. Mereka sedar bahawa mereka akan kalah. Mereka mengundurkan diri daripada tentera Israel lalu lari ke arah padang gurun tetapi mereka tidak dapat menyelamatkan diri. Mereka dikepung oleh induk tentera Israel dan pasukan askar yang pada saat itu sedang keluar dari kota. Orang Benyamin menderita kekalahan yang amat teruk.


Pengajaran/Refleksi

Perbuatan yang dilakukan oleh orang Benyamin yang sumbang lalu dari Gibea, mengakibatkan seluruh suku mereka dihapuskan dari senarai suku umat Israel atau umat Tuhan.

Firman Tuhan ini mengajar kita supaya kita tidak berbuat jahat terhadap suku atau orang lain. Sebab setiap kelakuan, baik atau jahat, pasti ada balasannya daripada Tuhan. Sebagai anak-anak Tuhan, janganlah jemu untuk berbuat baik.


Doa

Terima kasih Tuhan, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami, supaya kami tidak menyakiti atau mengganggu suku atau bangsa lain. Kiranya Tuhan memberkati setiap kami umat-Mu dengan berkelimpahan! Haleluyah dan Amin.


Rev. Ali Langgit

Comments


bottom of page