
2 Samuel 2:5-7 (AVB)
5Daud pun mengutus beberapa orang kepada orang Yabesh-Gilead dengan pesan, “Semoga TUHAN memberkati kamu kerana kamu telah menunjukkan kasihmu yang sedemikian kepada Saul, tuanmu, iaitu dengan memakamkannya. 6Sekarang, semoga TUHAN menunjukkan kasih abadi dan kesetiaan-Nya kepada kamu. Aku pun hendak membalas kebaikanmu, kerana kamu telah melakukan hal yang demikian itu. 7Maka sekarang, kuatkanlah dirimu dan jadilah orang yang gagah perkasa kerana Saul, tuanmu, telah gugur, dan keturunan kaum Yehuda telah melantik aku sebagai raja atas mereka.”
Pengajaran/ Refleksi.
1. Penduduk Yabes di Gilead telah memakamkan jenazah Raja Saul dengan jayanya. Maka dengan itu, Raja Daud memberkati mereka kerana telah menunjukkan kesetiaan terhadap raja mereka.
2. Oleh kerana itu, Raja Daud memberkati mereka dan berkata, "Semoga TUHAN menyatakan kasih dan kesetiaan-Nya kepada mereka. Raja Daud juga akan memperlakukan mereka dengan baik kerana perbuatan mereka itu.
Mari kita saling mengasihi dan memberkati satu sama lain dengan kata-kata berkat. Halleluya dan amin!!
Doa
Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa yang mengajar kami supaya kami sentiasa memberkati satu sama lain. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amin!
Rev. Ali Langgit
Comments