“…Sesiapa pun tahu bahawa orang bijak akan meninggal; orang bodoh dan orang tolol pun akan mati. Mereka semua meninggalkan harta kepada orang lain..…” Mazmur 49:11
Pemazmur memperingatkan kita tentang kematian, dimana kematian tidak mengira seorang itu kaya atau miskin, bijak atau bodoh semua akan melalui kematian pada satu hari nanti. Hal kematian merupakan hal yang nyata dan akan dihadapi oleh semua orang, baik dia bijak, bodoh, tolol semua akan mati.
Itulah sebabnya pemazmur memperingtkan semua kita supaya jangan takut dan putus asa apabila melihat orang jahat menjadi kaya dan mendirikan rumah yang indah dan mewah. Sebab mereka juga akan mati pada satu hari nanti, demikian juga mereka tidak dapat membawa apa-apa bersama-sama mereka apabila mereka mati, termasuklah kemuliaan
Kematian merupakan proses yang akan dilalui oleh semua orang, baik dia orang kaya, orang sombong, orang pandai, orang bodoh, semua akan mati. Tidak ada seorang pun yang dapat mengelakkan diri daripada melalui kematian secara jasmani.
Demikian juga tidak ada satu orang pun orang yang ada didunia ini lebih berkuasa di atas kehidupan ini, walaupun dia memiliki harta yang banyak. Sebab satu hal yang pasti adalah semua orang akan meninggalkan harta benda mereka untuk orang lain.
Jika kehidupan didunia ini tidak kekal maka apa yang harus saya lakukan? Agar saya tidak akan menyesal pada satu hari nanti dengan keputusan yang saya telah buat.
Yesus berkata “...“Akulah yang membangkitkan orang mati dan yang memberikan hidup. Sesiapa yang percaya kepada-Ku akan hidup, meskipun dia sudah mati. Orang yang hidup dan percaya kepada-Ku, tidak akan mati selama-lamanya...” Yohanes 11:25-26
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, saya menyerahkan seluruh hidup saya kepadaMu, bimbinglah saya, pakailah saya sebagai alatMu untuk kemuliaan namaMu selama saya masih hidup. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comments