top of page

Sentiasa Bercakap Benar


Bercakap benar bukanlah sesuatu yang mudah untuk diamalkan oleh setiap orang pada hari ini. Bercakap benar akan mendorong kita untuk tidak menyembunyikan kebenaran, mengatakan "Ya" jika maksud kita ya, dan "Tidak" jika maksud kita tidak.


Pemazmur merendahkan hati dalam memohon kepada Tuhan agar memperoleh lidah seorang murid, sehingga dia tahu bagaimana seharusnya berkata-kata dengan benar untuk senantiasa memuliakan nama Tuhan. Pemazmur memohon agar Tuhan menolongnya agar dia "sentiasa bercakap benar, kerana yakin akan ketetapan-Mu" (Mazmur 119:43).


Permohonan pemazmur menunjukkan keinginannya untuk tetap setia pada Firman Tuhan dan tidak ingin Tuhan mencabut kebenaran Firman-Nya daripada mulutnya. Pemazmur meletakkan satu-satunya harapannya pada kebenaran Firman Tuhan.


Kebenaran Firman Tuhan memainkan peran penting dalam menyebabkan pemazmur selalu bercakap benar dalam segala perkara. Untuk terus bercakap benar, kita perlu memiliki penguasaan terhadap Firman Tuhan dalam kehidupan kita, karena kebenaran Firman memampukan kita untuk bercakap benar dalam segala hal.


Marilah kita membiarkan kebenaran Firman Tuhan menguasai dan mengendalikan kehidupan kita, sehingga kita dapat terus bercakap benar dalam segala aspek hidup. Sebab kebenaran akan membimbing dan membantu kita dalam setiap hal.


Doa: Bapa yang di surga, kami datang kepada-Mu, memohon agar kebenaran-Mu senantiasa menguasai kehidupan kami, karena hanya dalam kebenaran-Mu kami dapat terus bercakap benar dalam hidup ini. Dalam nama Tuhan Yesus, kami berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Σχόλια


bottom of page