top of page

Sentiasa Memuji Tuhan


“…Aku akan sentiasa bersyukur kepada TUHAN; aku tidak akan berhenti memuji Dia..…” Mazmur 34:2


Pemazmur berkata bahawa dia tidak sekali-kali akan “… berhenti untuk memuji TUHAN atau dia tidak akan berhenti untuk menyanyikan pujian bagi Tuhan. Sebab perbuatan Tuhan yang sangat ajiab dan luarbiasa didalam hidupnya.


Oleh kerana pengalaman pemazmur bersama dengan Tuhan telah menyebabkan dirinya tidak mahu berhenti untuk memuji Tuhan, dia telah merasakan banyak kebaikan Tuhan sepanjang hidupnya, oleh kerana pengalaman ini maka dia mengajak semua orang yang tertindas agar memuji Tuhan.


sebab mendengar puji-pujiannya kepada Tuhan akan membuat mereka yang tertindas akan menjadi gembira. Itulah sebabnya dia mengajak agar semua orang yang mendengar dirinya memuji Tuhan, datang bersama-sama dengannya mengagungkan nama TUHAN.


marilah bersama-sama memuji nama-Nya, Hai orang yang rendah hati, dengarkan dan bersukacitalah, sementara aku membanggakan TUHAN. Pujilah TUHAN bersama-sama dengan aku. Mari kita menghormati nama-Nya.


apakah anda memiliki pengalaman yang sama seperti pemazmur ini? didalam keadaan yang sukar dan sulit dia tetap memuji Tuhan. Hal ini terjadi oleh kerana pengalaman hidupnya dengan Tuhan. Dia berkata kepada kita... bagi dirinya dia tidakan akan berhenti memuji Tuhan.


Marilah kita terus menerus memuji Tuhan.... selama kita masih hidup


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon agar Tuhan terus memberikan saya roh yang sentiasa menyembahMu, saya mahu selama saya hidup saya mahu menyembahMU. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Σχόλια


bottom of page