top of page

Sentiasa Memuji Tuhan


“...Pujilah TUHAN! Pujilah Allah di Rumah-Nya! Pujilah kekuatan-Nya di angkasa-Nya! Pujilah Dia kerana perbuatan-Nya yang perkasa! Pujilah keagungan-Nya!...” Mazmur 150:1-2


Pemazmur berkata kepada kita bahawa memuji Tuhan itu tidak tertakluk pada tempat ruang atau waktu atau keadaan sekeliling kita. Namun memuji Tuhan itu haruslah dilakukan dimana-mana, dengan segala alat muzik dan ia haruslah dilakukan sentiasa selama kita masih bernafas atau hidup didunia ini.


Oleh itu pemazmur mengajak umat Tuhan supaya memuji Tuhan sewaktu mereka masuk ke dalam tempat-Nya yang kudus dengan terompet, dengan gambus dan kecapi, dengan tamburin dan tarian, dengan kecapi dan seruling, dengan simbal kecil yang berdenting, dengan simbal besar yang berdentang!


Dengan itu marilah kita terus memuji Tuhan selama kita masih bernafas, sebab kehidupan ini berasal daripada Tuhan, oleh itu janganlah mempersia-siakan hidup kita, sebab tanpa Tuhan hidup ini tidak bererti oleh itu kita kita harus sentiasa memuji namaNya selama kita masih bernafas. Hidup yang menyenangkan hati Tuhan adalah hidup yang sentiasa menyembah-Nya.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, dan menyerahkan hidup saya kepadaMu dan memohon agar Tuhan memberikan saya hati yang sentiasa menyembahMu, sebagi Tuhan bagi hidup saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

2 Comments


AMEN

Like

Guest
Apr 16

Amen!

Like
bottom of page