top of page

Sentiasa Menasihat Orang Yang Malas

"…Saudara-saudaraku, kami menggesa kamu supaya memberikan amaran kepada orang yang malas bekerja, menabahkan hati orang yang takut, menolong orang yang perlu ditolong, dan bersabar terhadap semua orang......” 1 Tesalonika 5:14


Paulus menasihati jemaah Tesalonika supaya berani dan penuh dengan kasih memperingatkan atau menegur anggota jemaah yang malas untuk bekerja atau orang yang hidup bermalas-malasan. Mereka perlu memberikan mereka yang tawar hati semangat dan membimbing mereka yang memerlukan pertolongan dan sabar terhadap setiap mereka.


sebagai satu keluarga didalam Tuhan, kita perlu menasihat dan menegur mereka yang hidup malas agar mereka berusaha dan membantu diri mereka sendiri. Sebab menasihat dan menegur bukan bererti kita tidak suka kepada mereka tetapi membantu mereka supaya bersemangat dan tidak putus asa dalam hidup ini.


Oleh itu berusahalah dan berkerja selagi ada kesempatan.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon agar Tuhan memberikan saya kekuatan dan keyakinan terhadap pertolonganTuhan, ajar saya untuk terus berusaha di dalam hidup ini. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.

Comments


bottom of page