“…Hendaklah jemaah kita mengamalkan perbuatan baik supaya dapat membantu orang yang memerlukan pertolongan. Dengan demikian hidup mereka berguna...” Yakobus 3:14
Paulus menasihati Titus supaya berusaha semampu yang dia boleh untuk menolong dalam perjalanan Zenas, seorang peguam, dan juga Apolos, supaya mereka memastikan semua yang mereka perlukan untuk memulakan perjalanan mereka tanpa kekurangan.
Hal ini haruslah diajar oleh Titus kepada jemaah gereja di Kreta, supaya mereka belajar dengan tekun untuk melakukan pekerjaan yang baik kepada orang lain, iaitu menolong mereka yang dalam kekurangan agar keperluan kehidupan sehari-hari mereka dapat dipenuhi.
Kehidupan Kristian adalah untuk memberkati; selagi kita mampu, kita perlu menolong orang lain, kerana memberi lebih diberkati daripada menerima. Oleh itu, marilah kita mengajar diri kita untuk menolong orang yang memerlukan.
Doa:
Bapa yang di syurga, saya datang kepada-Mu, memohon agar Engkau menolong saya untuk menjadi berkat kepada sebanyak mungkin orang. Dalam nama Tuhan Yesus, saya berdoa. Amin.
Pr. Patrick Taie
Comments