“…Waktu aku berbaring di katil, aku ingat akan Engkau; sepanjang malam aku merenungkan Engkau...” Mazmur 63:7
Pemazmur menyatakan tentang dirinya secara peribadi apa yang dilakukan didalam hidupnya yang orang tidak tahu. Dia berkata kepada kita bahawa “...“…sewaktu dia berbaring di katilnya, dia ingat akan Tuhan; sepanjang malam dia merenungkan Tuhan...”
Hal ini berkata kepada kita tentang bagaimana pemazmur “..menghibur dirinya sewaktu dia bersendirian di tempat tidurnya, dia sentiasa memikirkan tentang Tuhan, sentiasa memuji-muji Tuhan dan ingat akan Tuhan.
Pemazmur melatihkan dirinya untuk merenungkan tentang Tuhan ditempat tidurnya, sehingga tiada lagi ruang didalam hidupnya untuk perkara-perkara yang lain selain Tuhan. Hal ini telah menyebabkan pemazmur hidup akrab dengan Tuhan sepanjang hidupnya.
Bagaimana dengan diri kita pada saat ini, apakah kita sentiasa memikirkan Tuhan sewaktu kita berada ditempat tidur kita. Atau apakah kita melatihkan diri kita untuk memikirkan dan renungkan hal-hal yang berkaitan dengan Tuhan selama ini.
Ingat melatihkan diri kita untuk terus memikirkan dan merenungkan Tuhan sewaktu kita berbaring dan sewaktu duduk akan menyebabkan diri kita tertutup daripada godaan dan pengaruh dunia ini.
Dengan itu renungkan Tuhan selama kita hidup didunia ini, jangan memberi ruang dalam hidup kita untuk dunia ini.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, menyerah hidup saya kepadaMu, untuk dipakai oleh RohMu. Ajar saya untuk terus menyembah dan memujiMu, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comments