top of page

Seorang Pengikut yang Sejati


'“Mengapakah kamu memanggil Aku, ‘Tuhan, Tuhan,’ tetapi tidak mematuhi perintah-Ku? ' (Lukas 6:46) AVB


Sekali lagi, Yesus menggunakan kata kiasan untuk mengajar para pengikut-Nya tentang makna menjadi seorang pengikut yang sejati. Hanya pengikut yang sejati akan tetap teguh menghadapi pelbagai badai kehidupan, kerana mereka telah membina asas kehidupan di atas dasar kebenaran Firman Tuhan.


Itulah sebabnya, iman mereka tidak goyah walaupun menghadapi pelbagai ujian dalam kehidupan. Namun, ramai yang mengaku diri mereka sebagai pengikut Yesus, tetapi tidak melakukan kebenaran Firman Tuhan dalam kehidupan harian. Oleh itu, apabila badai melanda hidup mereka, kesaksian hidup mereka terbongkar, kerana pengakuan mereka hanya di bibir, sedangkan Firman Tuhan tidak hidup dalam diri mereka.


Apabila mereka datang kepada Tuhan Yesus dan berkata, “Tuhan, Tuhan…”, Yesus akan berkata bahawa Dia tidak mengenali mereka, kerana mereka hanya mendengar Firman Tuhan tetapi tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh-Nya.


Maka, ketika mereka menghadapi pelbagai badai dalam kehidupan, kesaksian palsu mereka segera terbongkar. Iman mereka runtuh dan kehidupan mereka mengalami kerosakan yang amat besar.


Oleh itu, marilah kita setia melakukan segala yang diperintahkan oleh Tuhan Yesus, tanpa berputus asa atau berubah hati. Supaya apabila kita bertemu dengan Tuhan Yesus pada hari yang akan datang, Dia tidak akan berkata kepada kita, “Mengapa kamu memanggil Aku, ‘Tuhan, Tuhan,’ sedangkan kamu tidak melakukan apa yang Aku ajarkan?”


Jadilah seorang pengikut yang sejati.


Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu, memohon bimbingan-Mu. Ajarlah aku untuk menjadi pelaku Firman-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page