“…Aku akan menyanyi untuk TUHAN sepanjang umurku; aku akan menyanyikan pujian bagi Allahku seumur hidupku...” Mazmur 104:33
Pemazmur berkata kepada kita bahawa dia akan bernyanyi untuk TUHAN selama dia masih hidup atau sepanjang hidupnya. Dengan kata lain hidupnya adalah untuk memuji dan menyembah Tuhan dengan bernyanyi bagiNya sehingga nafas yang terakhirnya.
Hal ini bererti bahawa “segala sukacita pemazmur hanyalah berpusat di dalam Tuhan dan di dalam Tuhanlah segala sukacitanya menjadi penuh sehingga menyebabkan hatinya merasa senang dan damai.
Oleh itu, untuk menikmati sukacita yang abadi, kita harus meneladani hidup pemazmur yang mengajar dirinya untuk beryanyi untuk TUHAN sepanjang umur hidupnya; dengan menyanyi pujian hanya bagi Allahku selama hidupnya...”
Hidup ini adalah pemberian daripada Tuhan, kita akan dapat menikmati hidup dengan sepenuhnya apabila kita bersukacita hanya didalam Tuhan. Dengan mempergunakan setiap kesempatan yang ada didalam hidup ini untuk bernyanyi bagi Tuhan. Sebab segala yang kita miliki hari ini semuanya berasal daripadaNya.
Dengan itu marilah kita memanfaatkan setiap kesempatan yang kita miliki didalam hidup ini untuk memuliakan Tuhan. Sebab bersama Tuhan kita akan menemui sukacita yang sebenarnya. Itulah sebabnya pemazmur berkata kepada kita bahawa selama hidupnya dia akan bernyanyi bagi Tuhan.
Bernyanyi bagi Tuhan akan menyebabkan hati kita akan merasa tenang dan damai, sebab Tuhanlah sumber sukacita yang sejati bagi hidup kita.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memuji namaMu kerana didalamMu saya menemui sukacita yang sejati, kedamaian yang abadi dengan itu ajarlah saya untuk bernyanyi bagiMu selama hidup saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comments