top of page

Setinggi Langit Dari Bumi


“…Tetapi setinggi langit dari bumi, setinggi itu juga kasih-Nya kepada orang yang menghormati-Nya....” Mazmur 103:11


Pemazmur ingin berkata kepada kita tentang sifat kasih Tuhan terhadap semua orang yang menghormati-Nya. Pemazmur berkata kepada kita bahawa sifat kasih yang dimiliki oleh Tuhan kepada mereka yang menghormatiNya adalah melampaui segalanya.


Dimana pemazmur berkata kepada kita bahawa kasih Tuhan itu setinggi langit dari bumi, setinggi itulah kasih Tuhan kepada orang yang menghormati-Nya. Hal ini bermaksud bahawa kasihNya terhadap orang yang menjalani kehidupan yang takut akan Dia melampaui segalanya.


KasihNya bagaikan seorang bapa mengasihani anak-anaknya, demikianlah TUHAN mengasihani orang yang menghormati-Nya. Kasih-Nya dibuktikan melalui tindakan pengampunan yang Dia berkepada mereka yang bertobat dan melupai setiap pelanggaran kita.


Oleh itu marilah kita merenungkan kasih setia Tuhan ini terhadap orang-orang yang takut akan Dia, iaitu kasih yang melampaui segalanya. Dengan itu kita harus menjalani kehidupan yang takut akan-Nya dan kebaikan-Nya.


Dengan menjalani kehidupan yang membenci segala kejahatan; membenci kesombongan dan keangkuhan, tingkah laku jahat dan pembohongan.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memuji NamaMu kerana sangat mengasihi saya, walaupun saya orang sering kali melakukan kesalahan dan pelanggaran namun Engkau mengasihi dan mengampuni saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page