top of page

Siapa yang Sanggup Menghadap Tuhan, Allah yang Suci


1 Samuel 6:20-21 (BM)

Penduduk Bet-Semes berkata, "Siapakah yang sanggup menghadap TUHAN, Allah yang suci? Ke manakah harus kita hantarkan Dia supaya jauh daripada kita?" Mereka mengutus beberapa orang supaya memberitahu penduduk Kiryat-Yearim, "Orang Filistin sudah mengembalikan Tabut Perjanjian TUHAN. Datanglah untuk mengambil Tabut itu."


Pengajaran/Refleksi

  1. Saudara dan saudari, kita harus mengetahui bahawa TUHAN, Allah kita adalah Allah yang Suci. Pada masa dalam Perjanjian Lama, umat-Nya tidak dapat menghadap Allah sesuka hati mereka, tetapi harus menghadap-Nya dengan persembahan kurban melalui para imam.

  2. Syukur kepada TUHAN Yesus Kristus kerana DIA rela menjadi Kurban yang hidup dan Berkenaan kepada BAPA, untuk mengampuni dan menebus segala dosa kita di kayu Salib.


Kita boleh datang kepada Tuhan bila-bila masa dengan apa adanya kita. DIA sedia menerima dan merangkul kita, sebab DIA penuh kasih.


Doa

Terima kasih Tuhan, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami supaya datang kepada-Mu dan menghormati-Mu sepanjang hidup kami. Kiranya Engkau memberkati kami secara jasmani dan rohani. Amin!


Rev. Ali Langgit

Comments


bottom of page