Siapakah Yesus Kristus? Berbanding dengan soalan, “Adakah Tuhan wujud?”, kurang orang mempertikaikan kewujudan Yesus Kristus. Orang ramai menerima kenyataan bahawa Yesus ialah manusia benar yang wujud di Israel 2000 tahun dahulu. Perbahasan berlaku apabila keperibadian Yesus dipersoal. Hampir semua agama menyatakan bahawa Yesus ialah seorang Nabi, seorang guru yang baik, atau seorang yang suci. Masalahnya ialah Kitab Injil menyatakan bahawa Yesus adalah lebih daripada seorang Nabi, guru yang baik dan orang yang suci.
CS Lewis menulis di dalam bukunya Hanya Agama Kristian: “Saya cuba menghalang orang daripada berkata sesuatu yang bodoh mengenai Yesus: ‘Saya bersedia menerima Yesus sebagai seorang guru moral yang baik, tetapi saya tidak menerimanya sebagai Tuhan.’ Kata-kata ini adalah sesuatu yang tidak patut kita ucapkan. Seorang manusia biasa jika dapat menyatakan segala yang Yesus katakan tidak akan dianggap sebagai guru moral yang baik. Sebaliknya, dia akan dianggap gila atau Syaitan dari neraka. Kamu perlu membuat satu pilihan. Yesus jika bukan Anak Tuhan, maka dia adalah seorang yang gila atau lebih buruk lagi. Kamu boleh menganggap dia orang bodoh, kamu boleh meludah pada dia dan membunuh dia; atau kamu boleh melutut di hadapan-Nya dan memanggil-Nya Tuan dan Tuhan. Tetapi jangan buat tanggapan yang tidak bererti bahawa Yesus hanya seorang guru yang baik. Dia tidak memberi peluang kepada kita untuk menentukan identiti-Nya.”
Jadi, apa yang Yesus katakan mengenai dirinya sendiri? Menurut Kitab Injil, siapakah Yesus? Pertama, biar kita lihat pada Yohanes 10:30, “Bapa dan Aku SATU.” Sekali imbas, firman ini tidak menunjukkan tuntutan sebagai Tuhan. Tetapi, apabila kita melihat reaksi orang Yahudi terhadap kata-kata-Nya, "Kami mahu merejam kamu bukan kerana perbuatanmu yang baik, tetapi kerana kamu mengkufuri Allah! Kamu hanya manusia, tetapi kamu mahu menjadikan dirimu Allah!" Orang Yahudi faham bahawa Yesus menyamakan diri-Nya dengan Tuhan. Di dalam ayat berikutnya, Yesus tidak membetulkan fahaman mereka dengan berkata,“Saya bukan Tuhan .” Hal ini menunjukkan bahawa Yesus sememangnya menyatakan bahawa Dia ialah Tuhan, “Bapa dan Aku SATU.”(Yohanes 10:30) Yohanes 8:58 ialah satu contoh lain. Yesus menjawab, “Apa yang Aku katakan ini benar: Sebelum Abraham dilahirkan, Aku sudah ada.” Lagipun, apabila orang Yahudi mendengar kata-kata Yesus, mereka mengambil batu untuk melontarnya (Yohanes 8:59). Yesus mengumumkan identiti-Nya “Saya abadi” adalah merujuk kepada nama Tuhan di Kitab Zabur (Keluaran 3:14). Mengapa orang Yahudi hendak membaling batu pada Yesus jika dia tidak menyatakan sesuatu yang dianggap kata-kata kufur, iaitu, penyamaan dengan Tuhan?
Yohanes 1:1 menyatakan bahawa “Logos ialah Tuhan.” Yohanes 1:14 menyatakan bahawa “Logos menjadi manusia.” Hal ini menunjukkan bahawa Yesus ialah Tuhan dalam bentuk manusia. Tomas menyebut Yesus, “Tuan dan Tuhan saya.”(Yohanes 20:28). Yesus tidak membetulkan dia. Paulus menghuraikan Yesus sebagai “… Tuhan dan Penyelamat, Yesus Kristus” (Titus 2:13). Petrus juga menyatakan perkara yang sama, “… Tuhan dan Penyelamat kita” (2 Petrus 1:1). Tuhan ialah saksi identiti Yesus juga, “Takhta kamu, Tuhan, kekal selama-lamanya, dan kebaikan kamu ialah kuasa Pemerintahan kamu.” Kitab Zabur meramalkan kesucian Yesus, “Sebab seorang anak telah dilahirkan untuk kita, seorang putera telah diberikan kepada kita; lambang pemerintahan berada di atas bahunya, dan namanya disebut orang: Penasihat Ajaib, Allah yang Perkasa, Bapa yang Kekal, Raja Damai.” (Yesaya 9:6).
Jadi, CS Lewis berdebat dan percaya bahawa Yesus ialah seorang guru yang baik bukan salah satu pilihan. Yesus menyamakan dirinya dengan Tuhan. Jika dia bukan Tuhan, maka dia ialah penipu, maka bukanlah Nabi, guru yang baik atau orang suci. Untuk menafikan Yesus, cendekiawan moden berkata bahawa Yesus dalam sejarah tidak seperti yang dikatakan oleh kitab Injil. Dapatkah kita berdebat dengan Tuhan mengenai Yesus? Bagaimana cendekiawan menafikan catatan dalam Kitab Injil (Yohanes 14:26)?
Mengapa identiti Yesus adalah penting? Mengapa penting mengetahui Yesus ialah Tuhan? Alasan yang paling utama bagi ‘Yesus mesti merupakan Tuhan’ ialah, jika dia bukan Tuhan, maka kematian-Nya tidak dapat membayar denda dosa kita (1 Yohanes 2:2). Hanya Tuhan boleh membayar denda yang besar ini (Roma 5:8, 2 Korintus 5:21). Yesus mesti ialah Tuhan supaya dia dapat membayar hutang kita. Yesus mesti ialah manusia supaya dia boleh mati. Penyelamatan hanya boleh diperolehi melalui kepercayaan kepada Yesus! Ketuhanan Yesus ialah faktor penting penyelamatan. Ketuhanan Yesus terbukti melalui segala yang dia katakan, “Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku.” (Yohanes 14:6).
Sumbangan dari www.gotquestions.org
Comments