“…Sikap mencintai wang menimbulkan segala macam kejahatan. Ada orang yang mengejar wang, sehingga menyangkal Kristus dan akhirnya menderita serta berdukacita.....” 1 Timotius 6:10
Apakah yang dimaksudkan oleh Paulus dengan “..sikap mencintai wang adalah akar dari segala kejahatan.?..” Hal ini bererti seseorang itu menjadikan wang sebagai focus yang terutamaan didalam kehidupannya.
Paulus memperingatkan jemaah yang ada di Efesus supaya menghidari sikap yang mencintai wang? Sebab sikap yang mencintai wang boleh menimbulkan berbagai macam kejahatan dalam diri seseorang itu. Oleh kerana cinta akan wang maka beberapa orang di Efesus, telah meninggalkan ajaran yang benar, sebab mereka teringin terus untuk mencari wang dan akhirnya sangat menderita.
Dengan itu kita harus menghindari sikap yang mencintai wang didalam hidup ini, sebab mencintai wang akan memimpin seseorang kepada berbagai kejahatan (menipu, rasuah, membunuh dan sebagainy) akhirnya ia akan mendatangkan berbagai masalah, seperti keluarga berpecah dan kesihatan yang buruk akibat bekerja berlebihan waktu.
Ingat “…memiliki banyak wang bukanlah sesuatu yang jahat atau punca segala hal yang jahat, tetapi sikap cinta akan wang yang mendorong tindakan yang jahat…” wang itu bermanfaat, bahkan dapat “melindungi seseorang,” apabila digunakan dengan bijak.
Oleh itu hindarilah sikap yang mencintai wang…..
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon bimbinganMu, ajar saya untuk bersyukur sentiasa dalam hidup ini, agar keutamaan saya akan terus kepadaMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.
Pr Patrick Taie
Comments