top of page

Sikap Menyebabkan Kita Kaya


“…Agama memang menyebabkan orang menjadi kaya, jika orang puas dengan apa yang dimiliki.....” 1 Timotius 6:6


Paulus berkata kepada Timotius bahawa “..agama…” memang menyebabkan seseorang itu menjadi kaya, sekiranya dia merasa puas dengan apa yang dimiliki. Hal ini bermaksud bahawa “..melayani Tuhan itu..” boleh menyebabkan seseorang itu menjadi sangat kaya, sekiranya dia merasa puas dengan apa yang dia miliki.


Paulus memperingatkan Timotius tentang mereka yang mempunyai keinginan yang sangat kuat dengan hal kebendaan sewaktu mereka melayani. Dimana mereka sentiasa memikirkan bahawa melayani Tuhan itu adalah sumber untuk mendapat keuntungan secara bendawi. Dan bukan sebaliknya, dengan itu Paulus menjelaskan kepada Timotius bahawa melayani Tuhan itu dapat memberi kebaikan kepada diri seseorang itu sekiranya dia memiliki rasa puas dengan apa yang dia miliki.


Oleh itu ajarlah diri kita sepenuhnya memusatkan segala pemikiran kita hanya kepada Tuhan semasa melayani. Sebab ini tujuan kita melayani memuliakan Tuhan dan bukan untuk memperolehi keuntungan secara bendawi. Bagaimana dengan diri kita hari ini, apakah tujuan kita melayani Tuhan? Apakah kita melayani Tuhan oleh kerana hal-hal bendawi atau oleh kerana kasih kepada Tuhan yang telah menyelamatkan kita.


Selidiki hati kita… sekiranya motive kita melayani Tuhan adalah kerana kasih maka kita akan menjadi kaya namun sekiranya motive kita kepada hal bendawi maka hidup kita akan menjadi sengsara.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon pengampunan daripadaMu, sekiranya, saya melayani tidak memusat hati saya sepenuhnya kepadaMu, saya serahkan seluruh hidup saya kepadaMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page