2 Samuel 7:1-2 (AVB) 1 Setelah raja menetap di dalam istananya dan TUHAN mengurniakan ketenteraman kepadanya daripada semua musuh di sekelilingnya, 2 berkatalah raja kepada nabi Natan, “Lihatlah, aku ini tinggal dalam rumah kayu araz walhal tabut Allah tinggal di dalam khemah.
Di dalam kita sibuk di tempat pekerjaan kita, adalah penting untuk kita sentiasa memeriksa hati kita. “Spiritual Heart Check” yang pertama ialah berkenaan dengan apakah kondisi hati kita di dalam menyembah Tuhan.
Daud mempunyai hati yang tertumpu kepada penyembahan Tuhan. Apabila Daud menjadi raja di Yerusalem, dia resah hati kerana tabut perjanjian (ark of God) berada di dalam khemah. Tabut perjanjian melambangkan hadirat Tuhan.
Jadi Daud memanggil nabi Natan, dan menyatakan keinginannya untuk membina bait Tuhan untuk tabut perjanjian. Dia akan mencurahkan jumlah yang besar untuk menghormati Tuhan melalui pembinaan sebuah pusat bait suci Allah untuk ibadah.
Dalam mimpi, Natan diarahkan untuk memberitahu Daud bahawa tugas membina bait tersebut bukanlah dia kerana hidupnya sebagai seorang pahlawan. Tetapi ini tidak mematahkan hati Daud untuk mempersiapkan apa yang perlu untuk anaknya, Salomo, untuk membinanya. Dia mengetepikan jumlah wang yang besar, menulis muzik untuk penyembahan di bait suci, dan membuat pelan untuk bait Allah.
Daud, lelaki yang berkenan di hati Tuhan sendiri, mempunyai hati penyembahan yang ditujukan kepada Tuhan. Walaupun dia bukan orang yang dipilih Tuhan untuk membina satu "legasi" tetapi, yang penting untuk dia ialah untuk membolehkan umat Israel untuk menyembah Tuhan.
Bagaimanakah perbandingan hati kita, apakah hati kita adalah satu hati yang menyembah?
Comments