Teks
Hakim-Hakim 18:3-6 (BM)
Ketika mereka di sana, mereka mengenali loghat pemuda suku Lewi itu. Oleh itu mereka bertanya kepadanya, "Mengapa kamu di sini? Apakah urusanmu? Siapa yang membawa kamu ke sini?" Orang Lewi itu menjawab, "Aku ada persetujuan dengan Mikha. Dia mengupah aku menjadi imamnya." Mereka berkata kepadanya, "Tanyakanlah kepada Allah, sama ada kami akan berjaya atau tidak dalam perjalanan kami ini." Imam itu menjawab, "Janganlah khuatir. TUHAN menyertai kamu dalam perjalanan ini."
Pengajaran/Refleksi
1. Biasanya, orang mengenali suku bangsa lain daripada loghat percakapan mereka. Loghat merupakan salah satu cara untuk mengetahui latar belakang seseorang.
2. Selain mengenali suku bangsanya, kita juga boleh memahami sifat seseorang, sama ada peramah atau pemarah, melalui cara dia berbicara.
Firman Tuhan ini mengajar kita untuk bercakap dengan lemah lembut, menghormati orang lain, terutama mereka dari suku bangsa yang berbeza.
Doa
Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Kiranya Engkau mengajar dan memberkati setiap umat-Mu di mana saja kami berada. Dengarkan seruan kami ya TUHAN untuk kemuliaan bagi nama-Mu. Haleluyah dan Amen.
Rev. Ali Langgit
Comments