top of page

Taat kepada Tuhan (Obey God)


Ulangan 27:10 (AVB) Oleh sebab itu patuhilah Tuhan , Allahmu, dan lakukanlah segala perintah-Nya serta segala kanun-Nya yang kusampaikan kepadamu pada hari ini.


Ulangan 28:1-14 (AVB) 1Jika secara ikhlas engkau bersungguh-sungguh mematuhi Tuhan, Allahmu, dan melakukan dengan setia segala perintah-Nya yang kusampaikan kepadamu pada hari ini, maka Tuhan, Allahmu, akan meninggikan engkau mengatasi segala bangsa di bumi. 2Segala berkat ini akan datang ke atasmu dan sampai kepadamu, jika engkau mematuhi Tuhan, Allahmu:

3Diberkatilah engkau di kota dan diberkatilah engkau di ladang.

4Diberkatilah buah kandunganmu, hasil tanahmu, dan hasil ternakanmu, iaitu anak lembumu dan kawanan dombamu.

5Diberkatilah bakulmu dan tempat adunanmu.

6Diberkatilah engkau ketika engkau masuk dan diberkatilah engkau ketika engkau keluar.

7 Tuhan akan menyebabkan musuhmu yang menyerang kamu tumpas di hadapanmu. Mereka akan datang melalui satu jalan untuk menggempur kamu, tetapi akan lari dari hadapanmu melalui tujuh jalan.

8 Tuhan akan memerintahkan berkat-Nya turun ke atas bangsal-bangsal di ladangmu dan ke atas segala usaha kamu. Dia akan memberkati engkau di negeri yang dikurniakan Tuhan, Allahmu, kepadamu.

9 Tuhan akan meneguhkan kamu sebagai umat-Nya yang suci, seperti yang disumpah-Nya kepadamu, asalkan kamu mentaati segala perintah Tuhan, Allahmu, dan hidup menurut jalan-Nya. 10Segala bangsa di bumi akan melihat bahawa nama Tuhan disebut olehmu, dan mereka akan takut kepadamu. 11Tuhan akan membuat kamu berkelimpahan dalam kebaikan, dalam buah kandunganmu, hasil ternakanmu, dan hasil bumimu di tanah yang Tuhan sumpah untuk memberikan kepada nenek moyangmu. 12Tuhan akan membuka bagimu perbendaharaan-Nya yang baik, iaitu langit, untuk menurunkan hujan ke atas tanahmu pada musimnya dan untuk memberkati segala pekerjaan tanganmu. Engkau akan memberikan pinjaman kepada banyak bangsa, tetapi engkau sendiri tidak akan meminjam. 13Tuhan akan membuat engkau menjadi kepala, bukan ekor. Engkau akan berada di atas dan bukan di bawah, asalkan engkau mematuhi segala perintah Tuhan, Allahmu, yang kusampaikan kepadamu pada hari ini untuk kaulakukan dengan setia, 14dan tidak menyimpang ke kanan atau ke kiri daripada segala hal yang kusampaikan kepadamu pada hari ini dengan mengikuti tuhan-tuhan lain serta beribadat menyembah mereka.


Matius 7:24-29 (AVB)

24"Sesiapa yang mendengar dan menurut kata-kata-Ku ini ibarat orang bijak yang membina rumah di atas batu. 25Hujan mencurah, banjir melimpah dan angin kencang melanda, tetapi rumah itu tidak runtuh kerana berasaskan batu.

26Sesiapa yang mendengar tetapi tidak menurut kata-kata-Ku ini ibarat orang bodoh yang membina rumah di atas pasir. 27Hujan mencurah, banjir melimpah dan angin kencang melanda, lalu runtuhlah rumah itu, punah ranap!"

28Setelah selesai Yesus menyampaikan kata-kata itu, orang ramai itu kagum dengan ajaran-Nya 29kerana Dia mengajar dengan penuh wibawa, tidak seperti ahli Taurat mereka.


Ulangan 27:10 Oleh sebab itu patuhilah Tuhan , Allahmu, dan lakukanlah segala perintah-Nya serta segala kanun-Nya yang kusampaikan kepadamu pada hari ini.


Dan dengan seterusnya di dalam ayat 28:1 Tuhan telah berjanji akan memberikan kita berkat apabila kita mentaati firman Tuhan.


Ulangan 28:1 Jika secara ikhlas engkau bersungguh-sungguh mematuhi Tuhan , Allahmu, dan melakukan dengan setia segala perintah-Nya yang kusampaikan kepadamu pada hari ini, maka Tuhan , Allahmu, akan meninggikan engkau mengatasi segala bangsa di bumi.

  1. Kita mematuhi dengan iklhas dan bersungguh-sungguh

  2. Kita mematuhi dengan setia … (di dalam bahasa Inggeris, diligently)... maksudnya, berterusan. Consistent.

  3. Sesuatu yang kita lakukan berulang-ulang.

  4. Dan sesuatu yang kita lakukan berulang-ulang akan menjadi tabiat kita.


Dan apabila kita taat dan setia melakukan firman Tuhan, ia menjadi tabiat kehidupan kita, karakter kita akan bertumbuh dan dengan karakter yang bertumbuh, kita pasti akan memenuhi destini dan rancangan Tuhan di dalam kehidupan kita.


Saya cadangkan kita membaca Berkat Ulangan 28, jikalau kita mematuhi Tuhan.

  1. Segala berkat akan datang ke atas kita.

  2. Kita kita akan diberkati.

  3. Ladang, hasil kandungan, hasil tanah, hasil ternakan …. Semuanya akan diberkati Tuhan. Iaitu perniagaan kita, business kita, hasil pekerjaan kita, akan diberkati Tuhan.

  4. Bakul dan adunan kita akan diberkati.

  5. Keluar masuk kita dari rumah akan diberkati.

  6. Musuh kita akan dikalahkan.


Ulangan 28:8 Tuhan akan memerintahkan berkat-Nya turun ke atas bangsal-bangsal di ladangmu dan ke atas segala usaha kamu. Dia akan memberkati engkau di negeri yang dikurniakan Tuhan , Allahmu, kepadamu.

  1. Tuhan akan membuat kita berkelimpahan dalam kebaikan

  2. Tuhan akan membuka bagi kita, perbendaharaan Nya yang baik, untuk memberkati segala pekerjaan kita !

  3. Tuhan akan menjadikan kita kepala dan bukan ekor.

  4. Kita akan berada di atas dan bukan di bawah …

  5. Ini semuanya adalah yang tertulis di dalam Ulangan 28.


Syaratnya alah kita mematuhi Tuhan dan tidak menyimpang ke kiri dan ke kanan.

  1. Baca Ulangan 28, teman-teman sekalian dan biarlah firman Tuhan mengubah cara pemikiran kita, supaya kita sentiasa di dalam keredaan Allah.

  2. Always within the favour of the Lord.


Jadi apakah kita mahu menerima berkat Ulangan 28? Tentu kita semua mahu kan Rahsianya, ialah kita memupuk tabiat yang ke-3 ini, iaitu mematuhi dan taat kepada Tuhan.


Kita hanya akan dapat mematuhi Tuhan, jikalau kita mempunyai tabiat berdoa dan tabiat merenungkan firman Tuhan. Dan dengan itu, kita mempunyai tabiat untuk bergantung kepada Tuhan dan dengan itu, tabiat yang ke-3 ini, menjadi satu yang senang untuk kita lakukan.


Ingatkah kita, ibarat 2 jenis asas yang tertulis di dalam matius 7.

  1. Yesus menyatakan bahawa bukan semua orang yang memanggilku “Tuhan, Tuhan” akan memasuki kerajaan syurga, tetapi, mereka yang melaksanakan kehendak bapaku yang di syurga.

  2. Wow .. hati-hati saudara ..

  3. Dan kemudian dia menceritakan ibarat 2 jenis asas.

  4. Sesiapa yang mendengar dan menurut kata-kata Yesus, ibarat orang yang bijak yang membina rumah di atas batu.

  5. Hujan, banjir dan angin kencang tidak akan meruntuhkan rumah tersebut kerana berasaskan batu.

  6. Manakala, sesiapa yang mendengar dan tidak menurut kata-kata Yesus, adalah ibarat seorang yang bodoh yang membina rumah di atas pasir.

  7. Hujan, banjir dan angin kencang akan meruntuhkan rumah tersebut.


Jadi inilah peringatan kita untuk hari ini.

  1. Apakah kita mahu berjaya di dalam hidup kita? Lakukanlah firman Tuhan.

  2. Apakah kita mahu menerima berkat yang melimpah ruah? Lakukanlah firman Tuhan.

  3. Apakah kita mahu membina hidup kita atas dasar yang kuat? Lakukanlah firman Tuhan.


Elder Ann WK

Comments


bottom of page