top of page

Tabah Dalam Kesukaran, Tetap Setia Bekerja untuk Tuhan


"...Diberkatilah kamu yang menangis sekarang, kerana kamu akan bersuka ria." (Lukas 6:21b) AVB


Pada hari ini, mungkin kita kerap menangis kerana perkara yang membebankan hati kita. Namun, tangisan kita di hadapan Tuhan tidak sekali-kali sia-sia, kerana setiap cucuran air mata kita kepada Tuhan pada hari ini pasti akan membawa sukacita yang besar pada masa akan datang.


Oleh itu, kepada pengikut-pengikut Yesus yang telah mengabdikan diri kepada Tuhan hari ini, tidak perlu berkecil hati dengan setiap keadaan yang kita lalui dalam mengerjakan pekerjaan Tuhan. Kesedihan dan tangisan kita hari ini tidak akan menghalang sukacita yang Tuhan sediakan untuk kita pada masa hadapan.


Ingatlah kata-kata pemazmur kepada kita: "Mereka yang menyemai dengan air mata akan menuai dengan bahagia. Orang yang sentiasa pergi sambil menangis, membawa benih untuk disemai, pasti akan datang lagi dengan bergembira, membawa hasil tuaiannya." (Mazmur 126:5-6) AVB


Oleh itu, tabahlah dalam menghadapi kesukaran dan tetaplah setia kepada Tuhan, kerana kemenangan pasti akan kita alami dalam hidup ini pada kemudian hari.


Seperti yang dikatakan dalam Lukas 6:21b: "...Diberkatilah kamu yang menangis sekarang, kerana kamu akan bersuka ria."


Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu memohon kekuatan untuk tetap tabah dalam mengerjakan pekerjaan-Mu. Berikan aku hati yang sentiasa berkobar-kobar untuk melayani di ladang-Mu. Ajarlah aku untuk bertahan dalam menghadapi segala kesukaran dan kesulitan. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page