top of page

Tadau Maino : Malaysian Worship Collective





Lirik: Elizabeth Lasim & Christy Benedict

Melodi: Christy Benedict & Juliyanah Apau

Produser Eksekutif: Gina Yap Lai Yoong

Produser: Phoebe Tsen

Penggubah Muzik: Hezron Diman

Vokal: Silvaranno Kuinzu

Keyboard/Synth: Jayasamry Jaissen Buntang

Bass: Hezron Diman

Gitar Elektrik: Sabastian Kubar

Dram: Raymond Voo

Adunan Muzik: Hezron Diman & Phoebe Tsen

Mastering: Nick Lee

Ilustrasi: Krystal Ng

Video Lirik: Gina Yap Lai Yoong


℗&© 2021 Four Forty Records Performed by the Malaysian Worship Collective


Mengenai Penulis/Penggubah Lagu

Elizabeth Lasim dilahirkan pada 15 Februari 1954 di Telupid, Sabah. Beliau memulakan pendidikan di Native Voluntary School (NVS), Telupid dan melanjutkan pelajaran di Government Primary School (GPS), Telupid. Beliau telah berkahwin dan dikurniakan lima orang anak. Beliau pernah bekerja di SMK Telupid sebagai tukang masak. Beliau juga pernah terlibat dalam pelayanan penterjemahan Alkitab bahasa Kadazan Labuk dan pelayanan gereja yang lain. Christy Benedict dilahirkan pada 30 Mei 1977 di Telupid, Sabah. Anak ketiga dari lima orang adik-beradik, beliau mendapat pendidikan di Tadika Telupid, SK. Pekan Telupid dan seterusnya di SMK Telupid. Beliau beribadah di Gereja Anglikan St. David, Telupid. Sejak remaja lagi, beliau aktif dalam aktiviti dan pelayanan gereja. Kini, beliau melayani dalam Pelayanan Multimedia (bahagian skrip & berita) dan Pelayanan Kelompok Sel.


Untuk maklumat lanjut tentang lagu ini, layari https://www.komuniti-digital.com


JIka anda berminat untuk menggunakan lagu ini untuk pelayanan anda, sila emel kami di worship@fourfortyrecords.com


Mengenai Malaysian Worship Collective

Untuk sekian lama, Tuhan telah memberikan lagu-lagu pujian dan penyembahan kepada Malaysia — lagu-lagu dalam bahasa ibunda kami; lagu-lagu yang diurapi oleh Roh Kudus. Namun begitu, setakat ini, terlalu sedikit lagu-lagu ini dikongsi di luar gereja masing-masing dan tidak mencapai gereja Malaysia secara menyeluruh.


Pada tahun 2018, hati kami membara dengan panggilan Tuhan untuk mengumpulkan para pemimpin pujian, penulis dan penggubah lagu, pemuzik dan pendoa syafaat dari latar belakang denominasi Kristian yang berlainan untuk mengangkat suara dan irama Malaysia dalam penyembahan di alam rohani.


Pelayanan kami termasuk produksi lagu, kursus penulisan lagu, bengkel pujian dan penyembahan, penyediaan sumber berkaitan penyembahan, dan pimpinan pujian dan penyembahan. Ikuti kami di halaman Facebook (www.facebook.com/MYWorshipCollective) untuk perkembangan lanjut!

Comments


bottom of page