Amsal 1:7b "Takut kepada Tuhan adalah permulaan pengetahuan; (da’at)
orang bodoh meremehkan hikmah (hak-mah) dan didikan.(u-mu-sar)"
Jika kamu ialah orang yang suka belajar di sekolah, pastinya kamu akan mempunyai masa depan yang cerah. Kamu pastinya akan lulus dalam peperiksaan dan mendapat pekerjaan yang bagus. Kamu mungkin akan mendapat pasangan hidup yang baik dan mempunyai keluarga yang bahagia. Seperti dalam kebanyakan kes, ini adalah kenyataan yang benat.
Tetapi, ramai budak yang mahu belajar, malangnya tiada guru yang baik boleh mengajar mereka. Adakah budak ini akan menjadi malang seumur hidup?
Tidak! Mengapa saya mengatakan "Tidak"?
Ini kerana ada Allah yang sentiasa perhatikan apa yang sedang belaku. Orang yang mempunyai sikap yang ingin belajar seperti ini disayangi oleh Allah. Dan pastinya Allah akan membantu dia.
Di dalam Alkitab, perkataan "pengetahuan" (da’at) adalah apa yang kamu belajar
di sekolah, di tempat kerja, pada waktu kamu bergaul dengan orang lain, apa
yang kamu belajar di dalam perjalanan kehidupan kamu di dunia ini dengan menggunakan lima deria kamu. Apa yang kamu dapat melalui mata , telinga, hidung, jari dan lidah itu semua ialah pengetahuan.
Ayat 7 berkata "takut akan Tuhan adalah permulaan pengetahuan". Takut akan Tuhan ialah takut membuat dosa. Dan jikalau kamu takut membuat dosa, pastinya itu adalah permulaan pengetahuan. Maksudnya, walaupun kamu ada PHD dari universiti yang paling baik dalam dunia dan merupakan guru kepada ramai murid, pengetahuan ini tidak ada makna jika kamu belum takut akan Tuhan!
James Watson dan physicist Inggeris, Francis Crick menerbitkan jurnal mengenai DNA pada tahun 1953 (Walaupun ada banyak orang lain semenjak 1860an telah memperkenalkan DNA. ) Watson dan Crick tidak percaya Tuhan. Richard Dawkins
ialah atheist utama di England. Orang-orang seperti ini mempunyai banyak pengetahuan, tetapi, pengetahuan ini akhirnya sia-sia sahaja kerana pengetahuan ini tidak akan menyelamatkan mereka dari hukuman dosa mereka.
Seorang petani di pendalaman Sarawak, jika dia takut akan Tuhan, dia akan selamat dan kerana sikap dan hatinya yang baik, dia akan terus bertambah dalam hikmat dan pengetahuan.
Oleh itu, mari kita semua takut pada Tuhan.
Doa: O Tuhan, dengar doa saya. Berikan saya hati yang sentiasa takut akan Engkau. Dalam waktu saya kurang dari segi hikmat dan pengetahuan, berikan saya apa yang saya perlukan saperti janji Mu. Dalam nama Yesus saya berdoa.
Amen,
Pak Tang
Comments