top of page

Tanda Orang Yang Mengenal Kasih Tuhan



“Dalam kasih tidak ada ketakutan. Kasih yang sempurna menghilangkan segala rasa takut kerana ketakutan ada kaitan dengan hukuman. Dengan demikian, orang yang takut belum mengenal kasih yang sempurna.” 1 Yohanes 4:18 AVB

 

Sesiapa yang mengenal kasih Tuhan sudah bebas daripada segala ketakutan, kerana dalam Tuhan tidak ada lagi ketakutan. Sebabnya kasih Tuhan Yesus yang sempurna sudah mengusir semua ketakutan yang ada kaitan dengan hukuman. Dengan itu, orang yang masih takut sesungguhnya belum mengenal kasih yang sempurna.

 

Tuhan tidak pernah memberikan roh ketakutan kepada seseorang yang bertaubat daripada dosanya dan menerima-Nya sebagai Tuhan serta Penyelamat. Sebaliknya, Tuhan akan mengurniakan Roh Kudus untuk memenuhi dan menguatkannya.

 

Oleh itu, seorang yang sudah mengenal kasih Tuhan Yesus secara peribadi dalam hidupnya tidak lagi ada rasa takut. Sebab dia yakin sepenuh hati bahawa Tuhan telah mengampuninya dan memberikan hidup kekal kepadanya.

 

Rasa takut merupakan pekerjaan roh jahat yang meragukan hati seseorang yang percaya kepada Tuhan. Maka kita harus menolak segala rasa takut. Sebab semuanya itu bukanlah datang daripada Tuhan.

 

Doa:

Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu memohon kekuatan untuk menghilangkan rasa takut akan hukuman pada Hari Penghakiman selain berusaha menjauhi perkara-perkara yang tidak diperkenan oleh-Mu. Ajarlah aku untuk bersandar pada-Mu dalam semua jalanku. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Kommentare


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page