top of page

Tanpa Tuhan, Usaha Kita Sia-Sia



Pemazmur menceritakan tentang pentingnya campurtangan Tuhan didalam membangun sebuah rumah dan juga menjaga sebuah kota, sebab pemazmur sedar bahawa dia harus bergantung sepenuhnya kepada pertolongan Tuhan didalam dia membangun sebuah rumah dan menjaga sebuah kota.


Secara duniawi pemazmur memiliki segalanya namun semuanya tidak dapat memberi jaminan kepada dirinya untuk membangun sebuah rumah dan menjaga sebuah kota. Namun dia harus mengarahkan seluruh tumpuan matanya ke arah Tuhan untuk menolongnya. Sebab bergantung pada hikmat, kekuatan dan kebijaksanan dunia pasti dia akan gagal.


Oleh itu pemazmur berkata kepada kita bahawa “..Jika bukan TUHAN yang mendirikan rumah, sia-sialah usaha orang yang mendirikannya; jika bukan TUHAN yang melindungi kota, sia-sialah usaha orang yang mengawalnya. Sia-sia sahaja bangun pagi-pagi dan tidur larut malam, bekerja keras mencari nafkah, kerana TUHAN memberikan segalanya kepada orang yang dikasihi-Nya, sementara mereka sedang tidur.......” Mazmur 127:1-2


Hal ini berkata kepada kita bahawa kita tidak boleh bergantung pada perkara duniawi untuk menolong dan menjaga diri kita agar kita akan tetap aman dan selamat. Namun yang demikian kita perlu bergantung pada pertolongan Tuhan untuk menolong kita.


Ingat pemazmur telah memperingatkan diri kita tentang apa yang harus kita lakukan didalam mengusahakan sesuatu. Kebanggaan, kebijaksanaan dunia ini pasti tidak dapat menjaminkan keselamatan, kebehasilan dan keamanan hidup kita. Tetapi kita perlu bergantung pada Tuhan untuk membantu kita.


Dengan itu bergantunglah pada Tuhan untuk melaksanakan sesuatu perkara didalam hidup kita. Sebab didalam Tuhan kita pasti kita boleh melakukan perkara-perkara yang luarbiasa, sebab yang bertindak bagi diri kita adalah Tuhan, kita hanyalah alatnya untuk melakukan kehendakNya.


Oleh itu marilah kita mengajar diri kita untuk bersandar dan bergantung sepenuhnya pada Tuhan untuk pertolongan dan bimbingan.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon bimbingan dan pimpinanMu dalam segala perkara yang saya lakukan. Sebab dalamMu hati saya tenang dan aman,. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page