“...Taurat TUHAN itu sempurna, menyegarkan jiwa.!... Maz 19:8a
Pemazmur berkata bahawa Taurat TUHAN itu sempurna, yang memberikan erti Firman Tuhan itu utuh dan lengkap segalanya, tidak bercacat dan bercela.
Oleh kerana Firman Tuhan itu adalah sempurna maka Firman Tuhan akan menyegarkan jiwa dengan kata:
Ia akan menjadi hikmat bagi orang yang naif.
Ia akan melindungi dan menjadikan seseorang itu bijaksana.
Ia akan memberikan hikmat kepada orang yang tidak berpengalaman
Ia akan memberikan seseorang itu kekuatan.
Ia akan memulihkan jiwa seseorang.
Sekiranya kita ingin jiwa kita disegarkan secara rohani maka Firman Tuhan merupakan ubot yang terbaik untuk kita hari ini. Sebab melalui kebenaran Firman Tuhan kita akan menjadi bijak cara rohani, didalam kita berfikir dan menentukan hal tuju hidup kita
Dengan itu marilah kita membuka hati kita untuk Firman Tuhan bertakta, agar hidup kita disegarkan secara rohani, agar kita diberikan kebijaksanaan untuk berfikir dan memutuskan sesuatu didalam kehidupan.
Ingat Kebenaran Firman Tuhan pasti boleh mengubah kehidupan kita menjadi seorang yang baik dan bernilai didunia ini. sekiranya kita rela memberikan hidup kita dikuasai olehnya.
Doa: Bapa yang di surga, saya bukakan hati saya untuk kebenaran FirmanMu, kuasailah saya bentuklah saya sesuai dengan FirmanMU. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comments