“…Ya Allah, aku akan sentiasa bersyukur kepada-Mu, kerana segala perbuatan-Mu; di tengah-tengah umat-Mu, aku akan memberitakan kebaikan-Mu.…” Mazmur 52:11
Sewaktu Daud dalam keadaan yang sangat sukar didalam kehidupannya, oleh kerana Saul yang berusaha untuk membunuhnya. Dia tetap bersyukur kepada Tuhan atas segala yang Tuhan telah lakukan didalam hidupnya.
Pengalaman-pengalaman penyertaan Tuhan didalam hidupnya telah menyebabkan dirinya terus tetap bersyukur kepada Tuhan. Dengan itu Daud berkata kepada kita bahawa dia akan sentiasa bersyukur kepada Tuhan, kerana segala perbuatan-Nya; di tengah-tengah umat-Nya.
oleh itu Daud berkata bahawa dia akan terus memberitakan kebaikan-Nya. bagaimana dengan diri kita hari ini? apakah kebaikan-kebaikan Tuhan yang anda alami selama ini?
Daud berkata kepada kita bahawa dia akan menyanjung Tuhan selama-lamanya, sebab Tuhan telah bertindak bagi dirinya, oleh itu dia akan menanti-nantikan Tuhan dalam hidupnya sebab hal ini baik untuk orang yang saleh.
Bagaimana dengan diri anda pada hari ini? Apakah yang menjadi keinginan hati anda selama ini? Apakah kita mahu seperti Daud “...terus bersyukur kepada Tuhan selama-lamanya dan memberitakan kebaikan-Nya.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, agar saya terus bersyukur dan memberitahu orang lain tentang kebaikanMu kepada saya, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comments