top of page

Telah Di Buang Ambil Kembali

Teks

Hakim-Hakim 11:1-2, 5-7 (BM)

Yefta, orang Gilead, ialah seorang askar yang berani. Bapanya bernama Gilead, tetapi ibunya seorang pelacur. Gilead mempunyai anak-anak lain daripada isterinya yang sah. Setelah anak-anaknya itu dewasa, mereka mengusir Yefta dari rumah. Mereka berkata, "Engkau tidak akan mewarisi apa-apa daripada ayah kami, kerana engkau anak daripada perempuan lain." Ketika kejadian itu berlaku, para pemimpin Gilead menjemput Yefta kembali dari wilayah Tob. Mereka berkata kepadanya, "Jadilah panglima kami supaya kami dapat melawan orang Amon." Tetapi Yefta menjawab, "Tidakkah kamu membenci aku? Kamu mengusir aku dari rumah bapaku. Mengapakah sekarang, pada masa kesusahan, kamu datang kepadaku?"


Pengajaran/Refleksi

Kadang-kadang, kita juga mengalami pengalaman seperti yang dialami oleh Yefta, dihalau oleh ahli keluarganya dari rumah bapanya.

Pada waktu orang senang, kadang-kadang kita diusir atau dibuang, tetapi pada waktu susah, orang mahu menggunakan kehidupan kita.

Firman Tuhan hari ini mengajar kita supaya kita tetap bersabar, sekiranya perkara ini berlaku terhadap kita. Tuhan pasti akan menyediakan segala sesuatu yang terbaik bagi kita yang percaya kepada-Nya.


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami, supaya kami tetap sabar sekiranya kami ditolak oleh orang lain. Hamba berdoa kiranya Engkau memberkati setiap umat-Mu di mana saja mereka berada hari ini. Haleluyah dan Amen.


Rev. Ali Langgit

Comments


bottom of page