Amsal 3:11 "Hai anakku, jangan pandang sepi pengajaran Tuhan, dan janganlah berasa geram terhadap teguran-Nya, kerana Tuhan menegur orang yang dikasihi-Nya, seperti seorang bapa terhadap anak yang dikasihinya."
Tuhan adalah Tuhan yang baik. Tetapi manusia sering memberontak terhadap
Tuhan. Walaupun kita sudah percaya dalam Tuhan dan sudah menjadi anak Allah, sebenarnya kita belum sempurna.Kadang-kala kita membuat dosa dan tidak berlaku baik serta adil. Dalam keadaan seumpama ini, Tuhan terpaksa mengajar kita; Tuhan mesti menegur kita!
Amsal 3: 11 bicara tentang ajaran dan teguran Tuhan. Mengapa ada teguran? Sebab yang pertama ialah kita membuat dosa walaupun kita sudah menjadi anak Allah. Sebab keduanya pula ialah Allah ambil peduli terhadap kita sebagai anakNya.
Mengapa Allah peduli di saat anaknya berdosa? Kerana Tuhan mengasihi kita, sebagai bapa mengasihi anaknya. Allah sebagai bapa yang baik dan peduli, tidak tahan melihat anaknya berbuat dosa dan menderita dari dosa! Oleh sebab itu, dia menegur!
Banyak teguran bersifat "semulajadi" iaitu sebagai satu bahagian dari ciptaan Allah. Misalnya kalau kita bekerja tujuh hari satu minggu dan tidak berehat satu hari, lama kelamaan, kita akan jatuh sakit. Sakit penyakit ialah amaran dari Tuhan. Jika kita berzina, firman Allah menegur kita dan hati nurani kita pun menegur kita. Dan jika Pastor tahu, Pastor juga akan menegur. Jika menerima teguran, kita seharusnya tidak memandang remeh tentang ajaran dari firman Tuhan, teguran dari hati serta teguran dari Pastor. Lebih baik kita segera bertobat.
Doa: O Tuhan, berikanlah kepada kami, hati yang boleh menerima teguran dari Allah Bapa. Seriang kali kami, gagal dan jatuh dalam dosa. Terima kasih kerana adanya pengampunan dari Engkau disaat kami mengaku dosa kami. Dalam nama Tuhan Yesus saya berdoa.
Amen!
Pak Tang
Comentários