Seringkali kita lebih cenderung untuk mendengar apa yang orang katakan tentang diri kita, dan kita kurang untuk mendengar tentang apa yang Tuhan katakan tentang diri kita. Akibatnya hati kita menjadi tertekan dan boleh menyebabkan kita hilang arah tuju dalam hidup ini.
Oleh itu kita perlu mengelakkan diri kita daripada terlalu mendengar kepada hal-hal yang tidak memberikan keuntungan kepada diri kita. Tetapi sebaliknya kita perlu memberikan lebih banyak tumpuan hati kita kepada perkara-perkara yang memberikan keuntungan kepada iman kita dan masa depan kita.
Dengan itu dengarlah apa yang pemazmur mahu katakan kepada kita didalam mazmur 109, khususnya dialam ayat yang terakhir, pemazmur berkata bahawa:
“... Aku akan bersyukur kepada TUHAN dengan suara nyaring; aku akan memuji Dia dalam perhimpunan umat, kerana Dia membela orang sengsara dan menyelamatkan mereka daripada orang yang menjatuhi mereka hukuman mati....” Mazmur 109:30-31
Sebab pemazmur bersyukur kepada Tuhan adalah “…orang jahat dan pendusta memfitnah, bercakap dusta tentang dirinya. Mereka menyerangnya dengan kata-kata penuh kebencian, dan menuduhnya tanpa sebarang alasan, walaupun dia mengasihi mereka, dan telah mendoakan mereka. Mereka membalas kebaikannya dengan kejahatan, dan kasihnya dengan kebencian. Namun Tuhan membela dan menyelamatkan dirinya.
Ingat walaupun pemazmur melalui keadaan yang sangat sukar, namun hatinya tetap bergembira didalam Tuhan sebab Tuhan yang Dia memiliki yang penuh dengan kasih sentiasa bersama dengannya, membela dan menyelamatnya. Demikian juga dengan diri kita pada hari ini, Tuhan yang sama akan sentiasa bersama-sama dengan kita menolong kita.
Oleh itu jangan kuathir atau takut dengan apa yang orang katakan tentang diri kita, dengar dan lihat kepada Tuhan untuk pertolongan.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, mengucap terima kasih kepadaMu kerana kebaikanMu terhadap hidup saya, oleh itu ajarlah saya untuk mendengar lebih daripadaMu dan peka kepada suaraMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comments