“Perintah-Nya adalah: kita harus percaya akan nama Anak-Nya, Yesus Kristus, dan kasih-mengasihi seperti suruhan Kristus.” 1 Yohanes 3:23 AVB
Untuk membuktikan bahawa seseorang benar-benar memiliki hubungan peribadi dengan Tuhan, hubungan itu haruslah didasari oleh kasih. Kasih kepada Tuhan merupakan bukti bahawa seseorang tetap di dalam Kristus.
Dia harus percaya kepada Anak Allah, Yesus Kristus, dan hidup mengasihi satu sama lain, seperti yang diperintahkan oleh Kristus. Seseorang yang tetap di dalam Kristus akan menjalani hidup yang taat kepada segala perintah Allah.
Sesiapa yang taat akan perintah Allah dan mengasihi sesama tetap ada di dalam Allah dan Allah ada di dalamnya. Kita tahu bahawa Allah tetap ada di dalam kita kerana Dia telah mengurniakan Roh-Nya kepada kita. (Lihat 3:24) Hidup kita yang tetap ada di dalam Allah sebagaimana Allah tetap ada di dalam kita ialah bukti bahawa kita memiliki hubungan peribadi dengan-Nya.
Marilah kita terus menjalani hidup yang akrab dengan Tuhan, dan percaya sepenuhnya kepada-Nya tanpa berubah, meskipun keadaan di sekeliling kita berubah. Kepercayaan kita kepada-Nya harus tetap teguh.
Doa:
Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu untuk memohon kekuatan dan bimbingan-Mu, agar hidupku sentiasa menyenangkan hati-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus, aku berdoa. Amin.
Pr Patrick Taie
Comentários