top of page

Tetap Percaya Kepada Tuhan


“…..Mereka berkata, “Kamu percaya kepada TUHAN, tetapi mengapakah Dia tidak menyelamatkan kamu? Jika TUHAN mengasihi kamu, mengapakah Dia tidak menolong kamu?.…” Maz 22:9


Pemazmur menceritakan tentang keluhan hatinya ke atas penderitaan yang dialami olehnya oleh karena olokkan musuhnya. Mereka berkata “…berserulah kepada TUHAN minta tolong. Mudah-mudahan Dia menyelamatkan kamu. Jika Dia sangat suka kepada kamu, pasti Dia akan menolongmu.”


Berdasar kepada kata-kata yang dilontar oleh musuh-musuh pemazmur terhadap dirinya, maka kita boleh berkata bahawa musuh-musuh pemazmur menganggap bahawa pemazmur adalah orang bodoh, orang yang menipu orang lain dan orang menipu diri-Nya sendiri.


Mereka menganggap bahawa penderitaan yang sedang pemazmur lalui didalam dirinya saat ini disebabkan oleh akibat dosanya. Namun hal itu telah menyebabkan pemazmur mengalihkan sepenuhnya pandangan dirinya kepada Tuhan.


Oleh itu bagaimana dengan diri kita pada saat ini? Apakah orang yang disekeliling kita mengolok atau mengejek kita oleh kerana iman kita kepada Tuhan. Ingat Daud diejek oleh kerana keyakinannya kepada Allah.


Demikian juga dengan diri kita pada hari ini, oleh kerana Yesus didalam kehidupan kita pada hari ini, maka dunia ini membenci kita, sebab kita bukan lagi miliknya. Tetaplah percaya kepadanya.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon kekuatan daripadaMu,, agar saya tidak akan menyerah walaupun saya sentiasa melalui berbagai cabaran dalam hidup ini. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comentarios


bottom of page