“….Walaupun semua tentera mengepung aku, aku tidak akan takut; walaupun musuhku menyerang aku, aku akan tetap percaya kepada Allah.…” Mazmur 27:3
Pemazmur menyatakan keyakinan dirinya kepada pertolongan Tuhan terhadap hidupnya, dia berkata “..biarpun seluruh tentara mengepung dirinya, dia tidak akan takut. biarpun orang menyerang dia dalam perang, namun dia tetap percaya kepada Tuhan.
Keyakinan dan kepercayaan pemazmur terhadap pertolongan Tuhan bagi dirinya tidak pernah tergugat walaupun dia dikepung oleh pasukan lawannya. Namun hatinya tidak pernah takut atau gemantar sedikit pun. Mengapa pemazmur berkata demikian kepada kita hari ini?
Sebab pemazmur telah mengalami pertolongan Tuhan berulang-ulang didalam kehidupannya, oleh itu dengan pengalaman yang dia miliki maka iman pemazmur tidak pernah tergugat keadaan disekeliling, sebab dia yakin terhadap pertolongan Tuhan dalam hidupnya.
Oleh itu, bagaimana dengan diri kita pada hari ini? Renungkan masa lalu anda apakah pengalaman-pengalaman yang anda miliki dengan Tuhan selama ini? Bagaimana Tuhan menolong dan menyatakan diriNya kepada anda sepanjang hidup kita.
Menurut Firman Tuhan Ibrani 13:8 berkata kepada kita bahawa “….Yesus Kristus tetap sama, baik dahulu, sekarang, dan selama-lamanya…” apakah anda masih takut, kuathir atau ragu.
Doa: Bapa yang di surga, saya bersyukur kepadaMu, kerana Engkau Tuhan yang tidak pernah berubah terhadap diri saya daripada dahulu sehingga sekarang. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comments