“…Pada masa kesusahan aku berdoa kepada Tuhan; sepanjang malam aku menadahkan tangan sambil berdoa, tetapi aku tidak terhibur......” Mazmur 77:4
Sewaktu pemazmur sedang menghadapi kesulitan yang sangat besar didalam hidupnya, dia datang mencari Tuhan untuk memohon pertolongan daripada Tuhan. Sebab dia sangat memerlukan pertolonagan daripada Tuhan pada saat yang sukar ini. Namun jiwanya tidak mahu dihiburkan.
Sepanjang malam pemazmur berdoa kepada Tuhan memohon pertolongan daripada Tuhan dengan kedua tangannya terangkat kepada Tuhan. Kesusahan yang pemazmur lalui ini telah mengalihkan tumpuannya untuk mencari pertolongan daripada Tuhan. Dia melupakan segala perkara yang lain tetapi datang mencari pertolonagan daripada Tuhan.
Namun semasa dia ingat masa yang lalu, dia berfikir bahawa “apakah Tuhan sudah menolak mereka untuk selama-lamanya? Atau apakah Tuhan tidak berkenan lagi kepada mereka? Perasaan ini membuat hatinya tidak dapat tidur dan khuatir sehingga dia tidak dapat bertutur.
Namun apa yang kita boleh teladani pemazmur pada hari ini adalah apakah tindakan kita sewaktu kita sedang melalui masa yang sangat sulit didalam hidup kita. Apakah tindakan yang kita lakukan sewaktu hati kita dalam tekanan? Sebab pada saat dalam kesusahan seakan-akan Tuhan sangat jauh daripada kita.
Ingat Tuhan tidak pernah menjauhi diriNya daripada kita, Dia sentiasa dekat dengan kita dalam segala waktu dan keadaan. Segalanya terserah kepada diri kita bagaimana kita respon terhadap setiap kesukaran yang kita hadapi.
Oleh itu lihatlah Tuhan lebih besar daripada kesusahan yang sedang kita hadapi maka hati kita akan menjadi tenang.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon bimbingan daripadaMu, ajar saya bagaimana saya harus menghadapi setiap keadaan yang saya lalui dalam hidup saya agar saya bertindak menurut kehendakMu setiap waktu, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa. Amin.
Pr Patrick Taie
Comments