top of page

Tuhan Adalah Gembalaku (Anak Muda Si Pencari Nafkah)



"TUHAN ialah gembalaku, aku tidak akan kekurangan apa-apa pun" Mazmur 23


Bukan mudah untuk menjadi pencari nafkah, kerana saya sendiri juga melalui hal perkara ini.


Selepas tamat pengajian di kolej pada usia 18 tahun, saya mula bekerja pada usia 19 tahun dan sehingga kini, sebagai anak sulung dalam keluarga, saya bekerja seolah-olah sudah mempunyai keluarga sendiri. Saya mengurus bil, merancang belanjawan, dan membeli barangan dapur jika saya masih mempunyai masa yang lebih. Saya sendiri yang mahu mengambil bahagian dalam hal-hal seperti ini. Akan ada hari saya akan menghadapi musim kelelahan, memikirkan bilakah saya akan dapat keluar dari sangkar ini. Tetapi saya percaya sepenuhnya kesetiaan Tuhan dan ketentuanNya hari demi hari.


Tidak semua orang dapat menikmati "kelebihan" ini, untuk dapat menyediakan keperluan orang tua. Itulah sebabnya kebanyakan pencari nafkah yang kita kenali lebih cepat matang.


Dalam musim yang sukar bagi setiap pencari nafkah muda, jangkaan masyarakat, tekanan dan stress yang saya hadapi secara peribadi adalah sangat sukar, hanya dengan kasih karunia Tuhan saya dapat melawan pertempuran itu di dalam doa.


Saya bersyukur kepada Tuhan kerana Dia mempercayakan saya dengan peranan ini. Penat, ya. Tetapi sangat berbaloi dapat membantu keluarga dan melihat mereka gembira.


Sekiranya, kamu memerlukan galakan ini juga. Sayangku, kamu tidak perlu risau tentang masa depanmu. Hari ini cukup untuk dirinya sendiri.


Jika Tuhan memelihara burung-burung di udara, tidakkah lebih-lebih lagi Dia mengambil berat tentang kamu?


Jemimah Ramos

Comments


bottom of page