top of page

Tuhan Allah Kita Penuh Kasih

Hakim-Hakim 3:12, 15-16, 30 (BM)

Umat Israel berdosa lagi terhadap TUHAN. Oleh sebab itu TUHAN menjadikan Raja Eglon dari Moab, lebih kuat daripada Israel. Kemudian umat Israel berseru minta tolong kepada TUHAN, lalu Dia mengutus Ehud anak Gera untuk membebaskan mereka; Ehud seorang yang kidal, daripada suku Benyamin. Umat Israel mengutus Ehud untuk menghantar ufti kepada Raja Eglon dari Moab. Ehud membuat sebilah pedang yang bermata dua, yang panjangnya hampir lima puluh sentimeter. Dia mengikat pedang itu pada pinggangnya sebelah kanan, di dalam bajunya. Pada hari itu umat Israel mengalahkan orang Moab, dan negeri Israel aman selama lapan puluh tahun.


Pengajaran/Refleksi

1. Walaupun umat TUHAN itu berdosa terhadap DIA, tetapi apabila umat-Nya berseru kepada-Nya minta tolong, TUHAN mendengar doa mereka dan mengutus umat-Nya yang bernama Ehud untuk membebaskan mereka.

2. Ehud berjaya membunuh Raja Eglon dengan menikam perutnya dengan sebilah pisau sehingga Raja Eglon itu meninggal. Dengan itu, umat TUHAN mengalahkan orang Moab, dan mereka mengalami kedaan aman selama lapan puluh tahun.


JIKA SAUDARA ADA PERGUMULAN ATAU MASALAH, DATANGLAH KEPADA TUHAN DAN BERSERULAH KEPADA-NYA MOHON PERTOLONGAN. FIRMAN TUHAN MENGATAKAN, "MINTALAH, MAKA KAMU AKAN MENERIMANYA. CARILAH MAKA KAMU AKAN MENDAPATKANNYA. KETUKLAH PINTU, MAKA IA AKAN DIBUKAKAN ALLAH BAGIMU. (MAT 7:7) ROH KUDUS TUHAN MENJADI PENOLONG BAGI SETIAP KITA YANG PERCAYA KEPADA TUHAN YESUS. (YOH 14:16-17)


Doa

Terima kasih TUHAN, kerana Engkau memperingatkan kami sekali lagi dengan Firman-Mu hari ini, untuk tetap berharap kepada TUHAN. Berikan kekuatan bagi kami umat-Mu supaya kami mentaati Firman-Mu. Hamba berdoa, supaya Engkau memberkati setiap jemaat-Mu yang membaca dan melakukan Firman-Mu ini. Dalam nama Yesus. Haleluyah dan Amin.


Rev. Ali Langgit

Commentaires


bottom of page