top of page

Tuhan Allah Kita Tetap Mendengar Doa Kita dan Memberi Kita Kemenangan

Hakim-Hakim 4:3, 7, 15, 23 (BM)

Raja Yabin mempunyai sembilan ratus buah kereta kuda daripada besi. Baginda menjajah umat Israel dengan kejam dan ganas selama dua puluh tahun. Kemudian umat Israel berseru minta tolong kepada TUHAN. Aku akan menyebabkan Sisera, panglima tentera Raja Yabin, berperang dengan engkau di Sungai Kison. Walaupun dia mempunyai kereta kuda dan tentera, Aku akan memberi engkau kemenangan.' "Ketika Barak dan tenteranya menyerang Sisera, TUHAN membingungkan Sisera bersama dengan seluruh tentera dan kereta kudanya. Sisera turun dari kereta kudanya, lalu melarikan diri. Pada hari itu, Allah memberi orang Israel kemenangan atas Raja Yabin, raja Kanaan.


Pengajaran/Refleksi

1. Setiap kali umat-Nya berdosa terhadap TUHAN Allah mereka, mereka akan dikalahkan oleh musuh mereka, sebab TUHAN tidak menolong mereka.

2. Setelah umat-Nya berseru kepada-Nya minta tolong kepada TUHAN. Di sini pasti mereka bertaubat atas dosa-dosa mereka. Maka dengan itu, TUHAN memberi kemenangan kepada umat-Nya walaupun para musuh mereka banyak dan kuat sekali.


Syukur kepada Tuhan kerana Ia baik, dan senantiasa mendengarkan seruan dan permintaan kita kepada-Nya.


Doa

Terima kasih TUHAN, Firman-Mu hari ini. Kami serahkan hidup kami hanya kepada-Mu ya TUHAN. Berikan kekuatan bagi kami umat-Mu supaya kami mentaati Firman-Mu. Hamba berdoa, supaya Engkau memberkati setiap jemaat-Mu yang membaca dan melakukan Firman-Mu ini. Dalam nama Yesus. Haleluyah dan Amen.


Rev. Ali Langgit

Comentários


bottom of page