top of page

Tuhan Berfirman Melalui Malaikat kepada Umat-Nya

Hakim-Hakim 2:1-4 (BM)

Malaikat TUHAN pergi dari Gilgal ke Bokhim, lalu berfirman kepada umat Israel, "Aku telah membawa kamu keluar dari Mesir dan memimpin kamu ke tanah yang Aku janjikan kepada nenek moyang kamu. Aku berfirman, 'Aku tidak sekali-kali akan membatalkan perjanjian-Ku dengan kamu. Oleh itu kamu tidak boleh membuat perjanjian apa-apa pun dengan penduduk negeri itu. Kamu mesti merobohkan mazbah-mazbah mereka.' Tetapi kamu tidak melakukan apa yang Aku perintahkan. Malah kamu melakukan yang sebaliknya! Oleh itu, sekarang dengarlah! Aku tidak akan mengusir penduduk negeri ini ketika kamu menyerang mereka. Mereka akan menjadi musuh kamu, dan kamu akan terperangkap sehingga kamu turut menyembah dewa-dewa mereka." Setelah malaikat itu berfirman demikian, semua orang Israel menangis dengan kuat.


Pengajaran/Refleksi

  1. Malaikat TUHAN berfirman kepada umat TUHAN di Gilgal, mengatakan bahawa Dia yang telah membawa mereka keluar dari Mesir, tanah tempat mereka menjadi perbudakan atau hamba. Syukur kepada TUHAN kerana telah membebaskan kita daripada segala ikatan dosa.

  2. TUHAN tidak sekali-kali membatalkan perjanjian-Nya dengan umat-Nya kerana Dia mengasihi kita sepenuhnya.

  3. Umat-Nya harus merobohkan mazbah-mazbah atau penyembahan mereka yang lama. Sembahlah Yesus Kristus dalam hidupmu.


Doa

Terima kasih TUHAN, kerana Engkau berfirman kepada kami hari ini. Hamba berdoa, supaya Engkau memberkati setiap jemaat-Mu yang membaca dan melakukan Firman-Mu ini ya TUHAN. Di dalam dan di atas nama Yesus. Haleluyah dan Amen.


Rev. Ali Langgit

Comments


bottom of page