top of page

Tuhan Bertindak Bagi Kita



“…TUHAN, lawanlah orang yang menentang aku, dan tentanglah orang yang memerangi aku.…” Mazmur 35:1


Pemazmur berseru kepada Tuhan sewaktu dia sedang menghadapi ancaman daripada musuh-musuhnya, yang membenci dan mengejar-ngejar dirinya. Dengan itu pemazmur berseru kepada Tuhan “....lawanlah orang yang menentang aku, dan tentanglah orang yang memerangi aku.…”


Pemazmur pada saat ini sedang menghadapi ancaman daripada musuh-musuhnya, dia sedar bahawa tempat pertolongannya hanyalah pada Tuhan, oleh itu dia datang kepada Tuhan untuk memohon pertolongan. Dia berkata kepada Tuhan....


“...Gunakanlah perisai dan baju zirah-Mu, bangkitlah dan tolonglah aku. Angkatlah tombak dan lembing-Mu, untuk menentang mereka yang mengejar aku. Katakanlah bahawa Engkau penyelamatku...”


Pemazmur mengeluh kepada Tuhan terhadap musuh-musuhnya yang mengancam dirinya, mereka menentang dirinya dan berperang melawannya, mengejar-ngejar dia, merancangkan kecelakaan terhadap dirinya, memfitnahnya, melecehkan dan merendahkannya dan semua temannya bersukacita atas kemalangannya.


Oleh kerana tekanan yang sedang dialami oleh pemazmur maka dia berseru kepada Tuhan untuk menolong dirinya, bertindak bagi dirinya. Pemazmur sedar bahawa dia tidak mampu untuk menghadapi mereka secara manusiawinya. Tetapi dia percaya bahawa Tuhan boleh menolongnya untuk menghadapi mereka.


Dengan itu pemazmur menyerahkan segalanya untuk Tuhan bertindak bagi pihak dirinya, dan didalam kesulitan dan kesukaran pemazmur tahu Tuhanlah tempat perlindungan dan perteduhanya.


Bagaimana dengan diri kita pada hari ini? dalam kesukaran dan kesulitan yang sedang kita hadapi, kemanakah anda akan pergi dan meluahkan perasaan anda. Marilah kita bertindak seperti pemazmur, menyerahkan segalanya kepada Tuhan untuk bertindak bagi pihak kita.


Doa: Bapa yang di surga, saya bersukur kepadaMu kerana jaminan dan belaskasihanMu ke atas diri saya. Terima kasih Tuhan atas anugarahMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page