top of page

Tuhan Boleh Melakukan Apa Saja yang Dia Suka


1 Samuel 2:6-8 (BM)

TUHAN mematikan manusia, Dia juga menghidupkan mereka. Dia menghantar manusia ke dunia orang mati, dan Dia juga membawa mereka kembali. TUHAN menyebabkan sebilangan orang papa, dan menjadikan yang lain kaya. Dia merendahkan sebilangan orang, dan meninggikan yang lain. Dia mengangkat orang miskin daripada penderitaan, Dia membebaskan orang hina daripada kesengsaraan. Mereka dijadikan kawan bangsawan yang berdarjat, dan diberikan tempat yang terhormat. Asas bumi adalah kepunyaan TUHAN, di atas asas itu, Dia mendirikan dunia.


Pengajaran/Refleksi

TUHAN boleh melakukan apa saja yang DIA suka. Dia adalah Allah yang Maha Kuasa:

  1. TUHAN mematikan dan menghidupkan manusia. DIA menghantar manusia ke dunia orang mati, dan juga membawa mereka kembali.

  2. TUHAN juga menyebabkan sebilangan orang papa (tersangat miskin), dan menjadikan yang lain menjadi kaya. Dia juga mengangkat orang miskin daripada penderitaan, dan Dia juga membebaskan orang hina daripada kesengsaraan.

Maka dengan itu, takutlah kepada TUHAN dan percaya serta berharaplah hanya kepada-Nya. Jangan sombong!!


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini mengajar kami supaya kami tidak sombong. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Mereka yang sakit Engkau sembuhkan, yang lemah dikuatkan, dan yang ada masalah dibebaskan dalam nama Yesus Kristus! Amin!


Rev. Ali Langgit

Comments


bottom of page