top of page

Tuhan Boleh Membuat Apa Saja Yang Dia Mahu


1 Samuel 26:11-15 (AVB)

TUHAN melarang aku membinasakan orang yang dilantik TUHAN. Sekarang, kita akan mengambil sahaja tombak yang ada berdekatan dengan kepalanya serta buyung air itu. Lalu kita pergi.” Maka Daud mengambil tombak dan buyung air itu dari dekat kepala Saul, lalu mereka pergi. Tidak ada yang melihat, tidak ada yang mengetahui, dan tidak ada yang terjaga. Mereka semua tertidur, kerana TUHAN membuat mereka tertidur dengan lelapnya. Kemudian Daud berjalan ke seberang lalu berdiri di atas puncak bukit yang ada jarak yang jauh di antara mereka. Dari situ Daud berseru kepada pasukan Saul dan kepada Abner anak Ner, katanya, “Tidakkah kaujawab aku, Abner? Jawab Abner, “Siapa engkau, yang berseru kepada raja?” Kata Daud kepada Abner, “Engkau lelaki, bukan? Siapakah yang seperti engkau antara orang Israel? Mengapakah engkau tidak mengawal baik-baik raja iaitu tuanmu? Ada seorang daripada kalangan rakyat yang masuk untuk membinasakan tuanmu raja itu.


Pengajaran/ Refleksi.

TUHAN boleh membuat apa saja yang Ia mahu:

1. Daud dapat masuk ke dalam perkhemahan Raja Saul tanpa diketahui oleh penjaga-penjaganya yang hebat, kerana TUHAN Allah membuat mereka semua tertidur dengan nyenyak. Daud dapat mengambil tombak dan kendi raja, selepas itu mereka pergi dari perkhemahan Raja Saul.

2. Sebenarnya Daud dapat membunuh Raja Saul sekiranya dia mahu melakukannya. Tetapi dia tidak mahu melakukannya kerana TUHAN mencegah dia membunuh raja yang dipilih oleh TUHAN.


Saudara saudari dalam Yesus Kristus, jika kita berpihak pada Tuhan Allah kita, jangan sekali-kali kita takut sebab Dia boleh melakukan segala sesuatu menurut kehendak-Nya, seperti mana Dia membuat Raja Saul dan para pengawalnya tertidur nyenyak, sehingga mereka tidak mengetahui Daud dan rakannya masuk ke dalam perkhemahan Raja Saul. Keluar dari perkhemahan itu Daud membawa tombak dan kendi Raja Saul. Mari kita berharap kepada Tuhan Yesus Kristus sepenuhnya dan yakin bahawa dia akan melakukan mujizat dalam kehidupan kita, untuk kebaikan kita dan kemuliaan bagi nama-Nya.


Puji Tuhan dan halleluya!!


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa yang mengajar kami. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amin!


Rev. Ali Langgit

Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page