“….Engkau telah mengubah kedukaanku menjadi tarian gembira; Engkau telah mengambil kesedihanku dan meliputi aku dengan kegembiraan..…” Mazmur 30:12
Pemazmur telah melalui sebuah keadaan yang sangat sukar didalam kehidupannya secara peribadi. Namun kesukaran yang dia lalui didalam hidupnya hanyalah untuk seketika waktu atau tidak akan berkekalan, sebab pada waktu yang tepat Tuhan mengubahkan segalanya menjadi indah.
Tuhan menjawab setiap permohonannya dengan menyelamatkannya daripada segala kesukaran yang dilalui, dengan memulihkan kejayaan didalam hidupnya. Pada saat ini kedukaannya akan diubahkan menjadi tari-tarian, sehingga jiwanya tidak lagi berdiam diri untuk menyanyikan mazmur bagi Tuhan.
Lalu pemazmur berkata kepada kita hari ini, Tuhan telah mengubah ratapannya menjadi tarian dan mengambil segala kesedihannya dengan memenuhi dirinya dengan sukacita. Dan membuka kain kabungannya, dan mengikat pinggangnya dengan sukacita.
Tangisan pemazmur hanyalah sebentar sahaja, Tuhan mengangkat segala dukacitanya, Tuhan meredakan segala ketakutannya dan Tuhan memulihkan kegembiraannya. Oleh itu janganlah mengalah sewaktu melalui waktu yang sukar dan sulit.
Namun datanglah kepada Tuhan dan berserulah kepadaNya maka Dia akan memulihkan keadaan diri kita dengan “…tangisan kita akan diubah menjadi tarian gembira, dan kesedihan kita akan diganti dengan sukacita.
Oleh itu setialah kepada Tuhan dengan datang kepadaNya untuk pertolongan…
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, dan menyerahkan segala beban dan kesukaran yang sedang saya lalui, kuatkan hati saya dan teguhkan iman saya sewaktu melalui keadaan yang sukar dan sulit. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comments