top of page

Tuhan dalam kotaNya



“…Di dalam kota-Nya yang berkubu ada keselamatan, kerana Allah berada di sana…” Mazmur 48:4


Pemazmur memuji keagungan dan kebesaran Tuhan, dikotanya, Yerusalem, didalam pujiannya dia menyatakan kemegahan kota itu. Di atas bukit-Nya yang suci, Tuhan bertakta, bukit Tuhan itu tinggi dan indah, kota Raja yang agung menggirangkan seluruh dunia.


Oleh karena Yerusalem adalah kota Raja Besar, yang telah memilihnya sebagai tempat kediamanNya yang khusus bagi anugerah-Nya, maka sama seperti sorga yang merupakan tempat kediaman khusus bagi kemuliaan-Nya.


KehadiranNya didalam kota itu, telah menyebabkan kota itu menjadi sangat terkenal diseluruh dunia oleh sebab Tuhan diam didalamnya, dengan itu kota-Nya menjadi kubu keselamatan yang kuat.


Oleh kerana kehadiran Tuhan didalam kota itu, maka raja-raja yang berkumpul dan datang hendak menyerangnya, menjadi gemetar ketakutan dan kesakitan, seperti wanita yang hampir bersalin, atau seperti kapal yang dilanda angin ribut.


Kerana melihat kemegahan dan kekuatan kota itu, maka mereka menjadi tercengang-cengang dan cepat-cepat kembali ke tempat asal mereka. Segalanya ini terjadi oleh kerana kehadiran Tuhan didalam kota itu.


Sekiranya Tuhan hadir dimana kita berada maka tempat itu pasti akan menjadi tempat perlindungan bagi kita. Sebab kehadiranNya bersama-sama kita akan menyebabkan kita akan merasa aman dan selamat.


Dengan itu, biarlah kehadiran Tuhan terus berkuasa didalam hidup kita, didalam keluarga, tempat kerja atau dimana-mana kita berada. Dalam hadirat-Nya hidup kita aman, selamat dan damai.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, berterimakasih kepadaMu, ke atas kehadiranMu didalam hidup saya, bimbinglah saya dalam setiap perjalanan hidup saya. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page