top of page

Tuhan Itu Kasih, Justeru Kita Harus Kasih-Mengasihi


“Saudara-saudara yang kukasihi, marilah kita kasih-mengasihi kerana kasih itu datang daripada Allah. Sesiapa yang kasih-mengasihi lahir daripada Allah dan mereka mengenal Allah.”

1 Yohanes 4:7 AVB


Tuhan ialah sumber kasih, dan Dia sendiri ialah kasih. Hal ini menunjukkan bahawa kasih sejati hanya ada di dalam Tuhan. Tanpa Tuhan, kasih sejati tidak dapat wujud. Oleh itu, jika seseorang berkata bahawa dia hidup di dalam Tuhan tetapi tidak mengasihi sesama, dia sebenarnya tidak memiliki kasih.


Yohanes menyeru semua orang yang hidup tetap di dalam Kristus untuk saling mengasihi. Saling mengasihi merupakan bukti nyata bahawa seseorang hidup di dalam Kristus. Sebaliknya, mereka yang tidak mengasihi sesama atau tidak menunjukkan kebaikan hati kepada orang lain, bukanlah orang yang sungguh-sungguh mengenal Tuhan. Sebab hidup mereka tidak mencerminkan kasih Tuhan yang sejati.


Mengasihi sesama dengan sepenuh hati menjadi tanda bahawa seseorang itu milik Tuhan. Kasih ialah sifat Tuhan sendiri, dan mereka yang telah dilahirkan semula di dalam Tuhan akan menunjukkan kasih kepada orang lain dalam hidup sehari-hari.


Marilah kita saling mengasihi, kerana kasih itu datang daripada Tuhan. Sesiapa yang kasih-mengasihi mengenal Tuhan dan merupakan anak Tuhan.


Doa:

Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu untuk memohon pengampunan jika aku tidak mengasihi-Mu dan orang lain dengan sepenuh hati. Ampunilah aku, ya Tuhan, dan ajarlah aku untuk mengasihi-Mu dan sesamaku dengan segenap hati. Dalam nama Tuhan Yesus, aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page